Penyanyi Kaka Azraff nampaknya memilih untuk tidak mengulas mengenai situasi yang melanda rumah tangganya bersama suami, Adam Azriff ketika ini.
Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 36, berkata, dia tidak dapat memberikan maklumat terperinci mengenai status rumah tangganya buat masa sekarang.
"Doakan yang terbaik untuk saya, anak-anak dan Adam (suami). Sebenarnya saya bukan nak mengelak, saya pun menghormati rakan media dan netizen yang ingin tahu mengenai hal rumah tangga saya.
"Cuma sekarang ini untuk saya beri kenyataan, benda pun tidak ada yang nyata lagi jadi saya tak mahu bercakap lebih lanjut. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya mohon doa daripada semua," kata penyanyi lagu 'Bukan Hal Aku' itu.
Klik untuk gambar besar
"Hal ini membabitkan ramai orang. Sebelum ini ada orang kata sampai bila saya nak lari. Saya tidak melarikan diri, cuma sedang menjaga banyak hati.
"Saya rasa kalau saya buka cerita ini (kisah keluarga), ia boleh menimbulkan fitn@h. Jadi saya harap menghormati keputusan saya untuk tidak lagi berkongsi apa-apa.
"Alhamdulillah saya bahagia di samping anak-anak dan keluarga. Sekiranya ada pengesahan mengenai status saya selepas ini, mungkin saya akan kongsikan untuk mengelakkan fitn@h," tuturnya.
Dalam pada itu, Kaka turut memaklumkan akan 'membongkarkan' semuanya menerusi album sulung yang kini dalam proses pembikinan.
"Selepas ini anda mungkin boleh menyelami hati saya menerusi lagu-lagu dalam album terbaharu nanti. Buat masa ini saya sudah merakamkan enam buah lagu dan kesemuanya adalah luahan hati dan apa yang saya lalui.
"Kebanyakan lagu ditulis oleh saya sendiri dan ceritanya adalah sangat dekat dengan diri saya," ujar Kaka yang mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Aslan, 6, Aryan, 4 dan Atta Adam yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, pasangan ini bercerai talak satu dan pengesahan itu dibuat secara ekspres di Mahkamah Syariah, Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu, sebelum kembali rujuk pada Januari lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment