24 July 2025

K£SAL TABUR FITN4H - WANITA TAMPIL MOHON MAAF PADA SHILA AMZAH & UBAI



"Saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Ubai dan Shila atas komen dan tindakan saya yang telah meny1nggung perasaan mereka berdua.

"Saya amat k£sal dan sedar bahawa perbuatan saya walaupun tidak berniat buruk telah memberi k£san yang tidak baik buat mereka.

"Saya tidak bermaksud untuk menga1bkan atau menyakiti Ubai atau Shila. Sebagai manusia biasa saya akui saya juga tidak lari daripada melakukan kesil@pan."

Itulah kata seorang wanita yang tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi Shila Amzah atas fitn@h yang mendakwa penyanyi itu terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga.

Klik untuk gambar besar

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial, wanita yang dikenali sebagai Wana itu telah pun mengakui kesil@pannya dan meny£sali tindakannya ini yang memberi k£san neg@tif buat Shila dan suaminya itu.

Dalam perkongsian video yang dibuat itu, Wana juga berharap Shila dan Ubai dapat memaafkan kesil@pan dilakukan dan berjanji mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

"Saya berdoa agar Ubai dan Shila dapat menerima permohonaan maaf saya ini dengan hati terbuka. Saya ambil perkara ini sebagai pengajaran besar dan akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian atas tindakan saya selepas ini
"Sekali lagi saya memohon maaf, semoga Allah melembutkan hati kita semua dan memberi ruang untuk saling bermaafan. Saya ingin ucapkan terima kasih kerana mahu mendengar permohonan maaf daripada saya," ujarnya.

Sebelum ini, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 27, meminta bantuan netizen mencari individu yang didakwa menabur fitn@h terhadap isterinya itu.

Individu terbabit didakwa mempers0alkan tanggungjawab Ubai sebagai suami kerana menganggap keluarga mereka ditanggung sepenuhnya oleh Shila.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: