23 July 2025

AKUI KERAP 'DIKENENKAN' DENGAN ARTIS WANITA - HISYAM HAMID ANGGAP PUJIAN FAZURA TIADA NIAT LAIN : "MUNGKIN DIA TENGOK CARA SAYA LAYAN ANAK-ANAK"



"Saya tengok video siaran langsung itu, dia (Fazura) cerita pun secara umum dan kebetulan kami pernah berlakon sama. Mungkin sebab dia tengok cara saya layan anak-anak menyebabkan dia puji daripada sudut itu.

"Saya tidak rasa dia ada niat lain, kadang-kadang peminat jadi teruja dengan perkongsian tersebut. Bagi saya tiada isu pun kalau nak puji sesiapa, lebih-lebih lagi kebaikan yang dibuat sebagai seorang ayah atau ibu."

Demikian jelas pelakon Hisyam Hamid dimana dia menerima pujian daripada Nur Fazura serta menyifatkan tidak ada sal@hnya sekiranya pelakon dan usahawan itu mahu memberi penghargaan kepada rakan artis yang dikenalinya.

Ujar Hisyam, mungkin Fazura pernah melihat bagaimana cara dia menjaga dan melayan anak-anaknya dengan baik dan disebabkan itu dia menerima pujian pelakon tersebut.

Dalam pada itu, pelakon filem 'Memori' ini juga tidak menafikan status bapa dan ibu tunggal antara yang membuatkan ramai peminat teruja mengusik untuk menjodohkan mereka berdua.

"Saya rasa isu 'dikenenkan' (dig0sipkan) dengan artis wanita adalah kerana status kami sebagai ibu dan bapa tunggal. Saya rasa sebab status membuatkan jadi begini, sebelum ini tidak ada pun. Saya pun tak boleh nak buat apa.

Klik untuk gambar besar

"Tapi kalau boleh saya mahu elak daripada kontr0versi," katanya yang turut memberitahu, anak-anaknya menyedari setiap g0sip yang dikongsi oleh portal berita di media sosial, ketika ditanya bagaimana respon anak-anak apabila bapa mereka dig0sipkan dengan artis wanita, Hisyam

Kongsi Hisyam lagi, anak lelakinya pernah menyuarakan pendapatnya, dimana dia tidak mahu bapanya itu berkahwin lagi kerana sudah mempunyai segalanya termasuk wang dan cahaya mata.

"Ada sekali tu bila dah dikenenkan dengan seorang artis, saya tidak mahulah sebut siapa. Anak saya DM hantar link artikel dah cakap 'ayah.. run! (lari). Tapi saya anggap itu satu gurauan.

"Anak-anak sudah mula untuk belajar menyesuaikan diri dengan kehidupan kami sekarang ini. Anak lelaki saya pun ada kata saya tak perlu kahwin kerana sudah ada segalanya tetapi mak saya menegur cakap tak baik kata macam itu sebab saya masih muda," jelasnya.

Bagaimanapun, Hisyam atau nama penuhnya, Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, memberitahu, dia sebolehnya tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa kontr0versi bagi memberi contoh terbaik buat anak-anaknya..
"Daripada dulu siapa yang kenal saya tahu keluarga adalah keutamaan. Kalau lihat saya tiada kontr0versi sebelum ini bukan kerana saya baik tetapi mahu jadi contoh terbaik buat anak-anak.

"Lagipun mereka dah besar dan sudah ada kawan-kawan yang kenal siapa saya. Kesihatan ment@l mereka adalah keutamaan saya," kata Hisyam yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Sebelum ini, Fazura dalam sesi siaran langsung di media sosial telah berkongsi pandangan terhadap beberapa pelakon lelaki di Malaysia, dimana sal@h seorangnya, Hisyam Hamid.

Dalam sesi itu, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu menyifatkan Hisyam seorang yang baik dan mempunyai ciri lelaki pentingkan keluarga, malah dia juga senang bekerja dengan Hisyam menerusi filem lakonan mereka iaitu 'Dend@m P0nti@nak'.

Untuk makluman, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada 2006, namun ikatan perkahwinan itu terlerai selepas mereka bercerai pada Mei 2024. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 18, dan Haydeen, 16 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: