"Saya akan bercuti panjang tidak lama lagi dan ini adalah projek terakhir sebelum berehat. Saya merancang untuk berehat panjang mungkin dalam beberapa bulan atau tahun."
Itulah tutur pelakon Siti Saleha, dimana dia seakan memberi bayangan dirinya hamil apabila sebelum ini timbul dakwaan mengatakan perutnya kelihatan seperti 'baby bump' ketika tampil di Malaysia International Film Festival pada Ahad lalu.
Saleha yang memaklumkan bakal bercuti panjang selepas menjayakan penggambaran drama 'Bad Cop' yang bakal disiarkan bulan Disember depan, bagaimanapun mengakui, dirinya belum bersedia untuk berkongsikan berita gembira itu buat masa ini, sebaliknya hanya meminta mendoakan yang baik-baik.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Saleha mengenakan busana berwarna hitam ketika menghadiri sebuah acara filem apabila ada peminat mendakwa melihat 'baby bump', sekali gus menc£tuskan sp£kulasi pelakon itu sudah hamil ketika ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment