"Alhamdulillah saya sudah beransur okay selepas lakukan angi0gram kali ketiga pada April lalu. Saya sudah pergi ke gim dan mula bersenam serta kembali berkerja."
Itulah kata pelakon Zamarul Hisham dimana dia memberitahu, tiga saluran jantungnya kini sudah kembali pulih seperti sediakala selepas menjalani pros£dur angi0gram sebanyak tiga kali.
Sebagai persiapan diri untuk filem terbaharu, Zamarul atau nama penuhnya, Zamarul Hisham Mohamed, 54, berkata, dia juga boleh melakukan rutian harian dengan bersenam.
Menurutnya, pengalaman mengalami s£rangan jantung buat kali kedua telah menjadi pendorong dia untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat.
Malah, kongsi Zamarul lagi, dia juga n£kad mengambil keputusan untuk berhenti mer0kok, selain lebih berhati-hati terhadap pemilihan pemakanan.
Klik untuk gambar besar
"Tapi bila kena s£rangan jantung buat kali kedua ketika bangun tidur di rumah, saya mula ubah gaya hidup saya. Sekarang pun saya sudah buat 'brisk walk', sebelum ini tak pernah buat langsung.
"Setiap petang atau pagi mesti akan buat sekurang-kurangnya empat atau lima kilometer, baru rasa sedap badan," ujar Zamarul yang turut memberitahu mengenai amalan makanan hariannya, dimana dia kurang dalam pengambilan gula dan lebih banyak makan sumber protein seperti telur pada setiap pagi.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Linda Rafar ini tetap peka dan sentiasa mengikut nasihat doktor supaya tahap kesihatannya sentiasa terjaga.
Zamarul juga menjelaskan, tempoh pemulihan yang disarankan doktor harus dipatuhi, sebelum dia dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal yang berat.
"Kerisauan masih ada, sama ada saya benar-benar sudah pulih atau belum. Doktor pun pesan selepas tiga bulan buat stent baru rasa hidup baru dan kuat macam dulu.
"Bila dah sihat, nak masuk pertandingan Ironman pun boleh. Asalkan saya jaga pemakanan dan buang gaya hidup tak sihat," kongsinya.
Pada Februari lalu, Zamarul dilaporkan mengalami s£sak nafas di set penggambaran drama di Port Dickson, Negeri Sembilan disebabkan s£rangan jantung.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment