10 July 2025

"SAYA SAYANG SUAMI & ANAK-ANAK YANG SEKARANG... SAYA PERLU JAGA HATI SUAMI" - ROSSA SERA JAWAB ISU NAMA DIPETIK JADI PENY0NDOL



"Saya tak ambil tahu dan terlibat apa-apa. Saya dah ada suami dan anak. Apa mereka buat tiada kaitan dengan saya. Saya sayang suami dan anak-anak yang sekarang. Harap semua faham. Saya perlu jaga hati suami."
Demikian tutur Rossa Sera dimana dia enggan mengambil pusing mengenai sebarang tuduhan yang dibangkitkan isteri bekas suaminya, pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh, biarpun dituduh sebagai 'peny0ndol' apabila didakwa berkahwin dengan suami rakan sendiri.

Dalam pada itu, Sera atau nama sebenarnya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, menolak untuk masuk campur urusan rumah tangga Shuk kerana perlu menjaga hati suami baharunya.

Disamping itu, Sera berkata, dia juga tidak mahu meng£ruhkan lagi keadaan sehingga boleh menimbulkan sal@h faham, malah dia berharap orang ramai tidak menghantar mesej neg@tif di media sosial peribadinya.

"Saya tak mahu k£ruhkan lagi keadaan dan timbulkan sal@h faham. Jadi tolong jangan cakap yang bukan-bukan di sini (DM IG)," ujarnya.

Perbal@han antara Fara dan Shuk bermula apabila isterinya itu berkongsi khabar gembira selepas bersalin anak pertama pada 26 Jun lalu.

Dalam beberapa hantaran di media sosial, Fara mendakwa Shuk gag@l menjalankan tanggungjawab, selain tidak ada bersama di hospital sewaktu anak mereka dilahirkan.

Shuk kemudian mempertahankan diri dengan meluahkan rasa b£ngang apabila Fara turut mengaitkan ibu bapanya dalam mas@lah rumah tangga mereka.

Tidak hanya itu, Fara juga memetik nama Sera apabila mendakwa mereka berdua berada dalam situasi sama kerana keduanya mengambil hak orang lain.

Dakwa Fara lagi, Sera berkahwin dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang mempunyai tiga anak.

Untuk makluman, Sera pernah berkahwin dengan Shuk, namun mereka disahkan bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Kemudian Shuk kembali mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023 di Thailand dan dikurniakan seorang anak perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: