Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 66, baru-baru ini telah berkongsi video mengenai kelahiran 'cucu' terbarunya yang juga anak lembu jantan, secara 'broadcast' dalam satu kumpulan WhatsApp.
Apa yang istimewanya, anak lembu jantan itu mempunyai lima kaki dan kata Jamal, anak lembu unik itu dari jenis lembu penternakan secara int£grasi yang dipeliharanya di kandang.
"Alamak, saya dapat 'cucu' lagi tapi kakinya terlebih dan 'special' (istimewa).
"Ini anak lembu yang ketujuh atau kelapan dari lembu int£grasi. Tapi yang p£liknya anak lembu jantan ini kakinya terlebih pulak iaitu mempunyai lima kaki.
"Anak lembu istimewa ini unik dan saya tak akan jual dan merancang untuk terus memeliharanya," tuturnya.
Dalam pada itu, Jamal bersyukur kerana ladang lembu miliknya di Bukit Merah, Perak juga semakin berkembang.
"Sebenarnya, saya seronok bela lembu dan ia juga sekadar hobi sahaja. Saya sudah bela lembu int£grasi sebanyak 25 ekor ini lebih kurang setahun lima bulan.
"Pertubuhan Peladang Kawasan yang beri lembu-lembu ini untuk dibiak dan bila sampai masanya dalam tempoh lima tahun baru boleh dijual.
"Saya juga ambil banyak lembu betina supaya senang berkembang. Alhamdulillah, ini sudah tahun kedua dan bisnes lembu ini juga menjadi," ujarnya mengenai bisnes lembu yang diusahakan.
Sebelum ini, Jamal dilaporkan mula berjinak-jinak dalam bidang ternakan lembu secara komersial sejak Mei 2023 dengan mengusahakan ladang ternakan lembunya seluas hampir dua hektar terletak di Bukit Merah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment