"Saya beritahu anak-anak dengan baik, saya cakap dengan mereka itu adalah bapa awak. Saya tidak pernah mengajar anak saya untuk men£ntang bapa sendiri. Awak suka ke kalau orang cakap buruk fasal bapa awak?
"Isu rumah tangga hanya berkenaan saya dan bekas suami, bukan antara anak-anak. Itu paling penting, saya beritahu mereka jangan masuk campur. Layan saya seperti ibu dan layan bekas suami saya seperti bapa mereka."
Demikian jelas penyanyi Datuk Sheila Majid, 60, dimana dia tidak pernah memburukkan bekas suaminya yang juga komposer, Roslan Aziz kepada dua orang anak mereka, selepas 25 tahun berpisah.
Kata Sheila atau nama sebenarnya, Shahiela Abdul Majid, isu rumah tangga yang berlaku pada ketika itu hanya melibatkan dia dan bekas suami yang langsung tiada kaitan dengan anak-anak.
Klik untuk gambar besar
Malah menurut Sheila lagi, dia sudah menerapkan nilai-nilai murni termasuk adab dan rasa hormat kepada orang tua terutama ibu bapa sejak anak-anaknya itu masih kecil.
Jelasnya, Kayda dan Megat masih menjalinkan hubungan baik dengan bapa mereka, tambah pula dalam keadaan Roslan yang kini menghidap kans£r limf0ma.
"Itu yang saya terapkan kepada anak-anak saya tentang adab, karakter, agama, hormat dan sopan santun. Sekarang ini, di media sosial semuanya bercakap fasal hak, itu yang huru-hara dibuatnya.
"Sekarang ini mereka sudah dewasa, boleh fikir dan lihat mereka sendiri akan tahu tak perlu nak 'cucuk-cucuk' (burukkan) daripada mereka kecil. Biarkan semua berlalu dengan natural sahaja.
"Anak-anak sampai sekarang masih berjumpa dengan bapa mereka. Hari-hari datang jenguk ayah mereka di Keramat," ujar penyanyi lagu 'Ku Mohon' ini yang berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual audio siar Kita-Kita Aje! yang dimuat naik di YouTube.
Untuk makluman, Sheila pernah mendirikan rumah tangga bersama Roslan pada 1989, sebelum bercerai pada 2000. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid.
Sheila kemudiannya bernikah dengan komposer, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis pada 2003. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment