05 July 2025

DJ DAVE BERI KATA-KATA SEMANGAT PADA DHARMA HARUN : "SAYA HARAP KITA SEMUA DOAKAN SEMOGA DIA CEPAT SEMBUH... 'BACK TO TRACK'..."



"Bila dapat tahu daripada pegawai saya dan tengok gambarnya baru-baru ini, saya rasa sedih. Saya kata saya akan melawat dia. Saya gembira berjumpanya dan dia pun sama.
"Dharma adalah pelakon dan penyanyi hebat lama. Tapi dia macam lemah semangat. Saya harap kita semua doakan semoga dia cepat sembuh."

Itulah kata penyanyi legenda Datuk DJ Dave, 77, dimana dia gembira menjejak sahabat lamanya iaitu pelakon popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 69, selepas lebih lapan tahun tidak bersua.

Ujar DJ Dave atau nama sebenarnya, Irwan Shah Abdullah, dia sudah lama mencari Dharma, namun terkejut dengan berita mengenai keadaa

n terbarunya yang dilihat susut mendadak dan kini dirundung kesulitan hidup. Dalam pertemuan itu, DJ Dave sempat memberi Dharma banyak kata-kata semangat, panduan kesihatan, dan nasihat penuh p0sitif. Malah, DJ Dave juga ada meminta Dharma bermain keyboard dan dia menyanyi spontan. Momen itu dilihat sangat santai namun ia begitu indah, sekali gus memberi senyuman pada Dharma. "Saya harap dengan dorongan kami, dia akan sembuh secepat mungkin dan 'back to track'," tuturnya yang turut hadir mewakili Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKAT). Sebelum ini, media melaporkan Dharma semakin kehilangan selera makan, selain berdepan mas@lah kesihatan kala ini akib@t tek@nan hidup. Akui Dharma, ketiadaan punca pendapatan, selain menghidap gastrik, asma, mengalami b£ngkak di jantung dan paru-paru serta tir0id jadi punca beratnya susut daripada 85 kepada 45 kilogram (kg). Terdahulu, Dharma berhadapan situasi suk@r yang menyebabkan dirinya tidak boleh aktif dalam karier seni sama ada mengarah atau berlakon. Kini Dharma tinggal bersama Syafiq, 36, dan anak perempuannya, Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih belajar di ASWARA.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: