05 July 2025

6 OGOS DEPAN - BAPA EDA EZRIN MOHON DOA SEMUA MOGA ANAKNYA, EDA EZRIN DAPAT DIBEBASKAN



Mahkamah Wilayah Narathiwat sebelum ini meluluskan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh tah@nan terhadap penyanyi dikir barat popular dengan lagu 'Bea Soba Bea', Eda Ezrin dan suami serta empat rakan sehingga 6 Ogos depan.
Akur dengan keputusan itu, bapa kepada Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata, walaupun ia menyedihkan, mereka sekeluarga perlu menerimanya dengan hati terbuka.

Namun, Ismail berharap permohonan lanjutan itu adalah kali terakhir dan anaknya serta suami termasuk empat rakan mereka dapat dibebaskan pada tarikh itu.

"Justeru, saya memohon doa daripada semua supaya anak saya dapat bebas pada tarikh itu memandangkan sudah banyak kali ia ditangguhkan.

"Anak saya sebelum ini sering bertanya kepada ibunya yang datang melawat pada setiap Khamis mengenai tarikh sebenar dia akan bebas.

"Kami tiada jawapan dan hanya tahu sama ada penah@nan ditangguh dan tarikh akan dibebaskan selepas keluar berita di media," tuturnya.

Dalam pada itu, jelasnya lagi, kesihatan anaknya juga amat baik dan dia hanya tidak sabar untuk bebas dan pulang ke rumah.

Terdahulu, media melaporkan, penah@nan Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin, 30, dan suami serta empat rakan dilanjut sehingga 6 Ogos depan.

Mahkamah Wilayah Narathiwat semalam, meluluskan permohonan kali terakhir yang dibuat pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh rayuan terhadap keputusan membebaskan penyanyi dikir barat, suami dan empat rakan mereka atas tuduhan bersama memiliki 6,059 biji pil meth@mph£tamine.

Susulan keputusan itu, Eda Ezrin dan suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, akan terus ditah@n di Penj@ra Pusat Narathiwat sehingga 6 Ogos depan.

Dalam k£s ini, mahkamah membenarkan permohonan pertama pendakwa raya antara 6 Mac hingga 6 April; kedua (6 April-6 Mei); ketiga (6 Mei-10 Jun); keempat (10 Jun-6 Julai) dan kelima (6 Julai-6 Ogos).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: