"Kita perlu puji usaha pr0duksi tempatan yang cuba menghasilkan filem adiwira kerana ia bukan perkara mudah. Filem sebegini memang ambil masa sebelum berjaya.
"Filem adiwira luar negara seperti 'Superman' dan 'Batman' pun ambil masa lama, mereka mula dengan komik, kartun bersiri kemudian barulah ke layar perak."
Demikian ujar pengarah dan pelakon, Dr Ahmad Idham, 51, dimana katanya, filem animasi adiwira dilihat lebih mendapat tempat di hati penonton tempatan berbanding filem aksi lakonan sebenar, namun dia tetap menyokong dan memuji usaha pr0duksi tempatan yang berani menghasilkan karya bergenre tersebut.
Menurut Idham atau nama sebenarnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, penerimaan terhadap filem adiwira bukan mudah, bahkan industri luar negara juga memerlukan tempoh yang panjang sebelum genre itu benar-benar diterima khalayak.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Idham tampil berkongsi pandangan peribadi, dimana dia merasakan perkara itu bukan satu kegag@lan kerana kutipan filem tidak membuktikan filem tersebut tidak berjaya.
Tambahnya lagi, dia juga percaya pihak produksi Astro Shaw mempunyai perancangan tersendiri di masa hadapan.
"Bagi saya filem 'Keluang Man' tidak gag@l, jangan menj@tuhkan hukvm hanya sebab jumlah kutipan filem itu. Sekarang banyak platform lain dan saya sendiri percaya Astro Shaw ada perancangan tersendiri.
"Saya hormat Astro kerana mereka berani hasilkan filem adiwira, kalau tak cuba sampai bila-bila industri filem kita berada di takuk yang sama," katanya.
Selain 'Keluang Man', antara filem adiwira yang dihasilkan produksi tempatan adalah 'Cicak Man', 'Badang', 'Kapoww!!' dan 'Mantera'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment