"Kau nampak apa kau buat? Ini surat beranak Elaine, Encik Sahar. Kau nampak apa anak kau buat?"
Demikian ujar Fara Salleh, 33, dimana katanya, akib@t kegag@lan pelawak Shuk Sahar mendaftarkan penikahan mereka secara sah, ia turut memberi kesan kepada proses mendapatkan sijil kelahiran anak mereka yang baharu sahaja dilahirkan.
Dalam kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata pertama, Fara turut meluahkan rasa kesal terhadap suami sendiri dalam satu perkongsian di media sosial miliknya, dimana dia mempers0alkan tindak-tanduk Shuk dalam urusan perkahwinan sebelum ini.
Dalam hantaran itu, Fara turut berkongsi foto sijil kelahiran anaknya yang dilahirkan pada 26 Jun lalu, dimana ruangan maklumat bapa, tertulis 'maklumat tidak diperolehi'.
Fara dalam masa sama juga memuat naik foto seorang lelaki mirip Shuk yang mengenakan kostum badut, sekali gus mendedahkan jejaka berkenaan adalah bapa kepada anaknya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Shuk atau nama sebenarnya, Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, dengan t£gasnya menolak dakwaan dia cul@s dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan berkongsi bukti nafkah dikirimkan kepada isterinya.
Selain itu, Shuk menjelaskan, dia tidak diberitahu akan keadaan isteri sebelum bersalin dan disebabkan itu, dia tidak dapat hadir ke hospital menyambut kelahiran cahaya mata pertama bersama isterinya.
"Macam mana nak dapatkan maklumat ayah? Macam mana nak pergi azankan? Tarikh lahir pun tiada siapa beritahu. Tiada siapa pun hubungi dah lahir," ujarnya yang menulis perkara tersebut di media sosial miliknya dengan membal@s beberapa kenyataan yang dibuat oleh Fara.
Dakwa pelawak itu, dia mendapat tahu tentang tarikh isterinya bersalin apabila menerima mesej pengikut media sosial yang terlihat kelibat Fara di hospital.
Tutur Shuk lagi, disebabkan tidak mendapat sebarang maklumat terperinci, dia hanya mampu mengirim wang sebagai perbelanjaan kos di hospital.
"Orang DM (direct messege) beritahu dah masuk hospital nak bersalin. Jadi yang termampu hanya kirim duit RM5,000 untuk buat bersalin," katanya.
Bukan itu sahaja, Shuk turut menunjukkan jumlah simpanan di bank yang hanya berbaki RM1,494 sebagai belanja selepas memberi wang kepada isterinya.
Perbal@han antara mereka bermula apabila Fara berkongsi khabar gembira kini bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 26 Jun lalu.
Dalam beberapa hantaran di media sosial, Fara mendakwa Shuk gag@l menjalankan tanggungjawab, selain tidak ada bersama di hospital sewaktu anak mereka dilahirkan.
Enggan berdiam diri, Shuk kemudian membal@s kenyataan itu dengan mempertahankan diri dan meluahkan rasa b£ngang apabila Fara turut mengaitkan ibu bapanya dalam mas@lah rumah tangga mereka.
Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023 di Thailand. Hasil perkahwinan itu, mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment