08 July 2025

'SURPRISE' BUNGA - NETIZEN DEDAH ASLAM HADIAHKAN ISTERI PERTAMA, MISYA GELANG EMAS RM10K



"Pasangan ini datang ke kedai emas bulan lepas. Memang sweet sebab Aslam belikan Umisya gelang tangan hampir RM10k, seller sumpah terharu. Apa-apa pun saya harap mereka bahagia selamanya."

Itulah kata seorang netizen yang mendedahkan Aslam membelikan isteri pertamanya, pemp£ngaruh media sosial iaitu Misya Mazlan dengan gelang tangan berharga hampir RM10,000 pada bulan lalu.

Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan Aslam membuat kejutan buat isteri pertamanya dengan menghadiahkan jambangan bunga.

Klik untuk gambar besar

Menerusi video dikongsikan, Aslam dan Misya dilihat mesra dan bahagia meluangkan masa bersama.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aslam yang cuba untuk perbetulkan hal dalam rumah tangganya serta mendoakan perkahwinannya dengan Misya berkekalan hingga ke akhir hayat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: