12 July 2025

IBU ALIFF AZIZ TITIP UCAPAN SEMPENA HARI LAHIR CUCUNDANYA, AYDEN & ARA : "PENYAMBUNG KETURUNAN KAMI MASYA-ALLAH... BERPISAH DI DUNIA HANYA SEMENTARA..."



"A Love Note for Our Belove Grandchildren Ayden Adrean & Ara Adreana..❤️ Bismillah... Bulan ini adalah bulan kelahiran buat cucunda berdua. Masya-Allah bertambah setahun lagi umur Ayden dan Ara.
"Umi Wan dan tok ayah sentiasa mendoakan cucunda berdua membesar sihat dan bahagia. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Sentiasa menjadi penyejuk mata kepada keluarga aamiin yra ❤️.

"Walaupun kita dipisahkan jauh, kami sentiasa ingat dan kasih sayang serta cinta kami tidak akan pernah pudar. Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami Masya-Allah.

"Berpisah di dunia hanya sementara, Inshaa-Allah dengan izin Allah kita akan berkumpul lagi di akhirat kelak. Be happy my darlings & we will love you both till infinity aamiin allahumma aamiin 🤲❤️"

Demikian tulis ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah menerusi media sosial miliknya, dimana dia menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran kedua-dua cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Untuk makluman, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun bercerai pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: