11 July 2025

"ADA BENDA YANG LAGI MUSTAH4K UNTUK SAYA BUAT & TERPAKSA CAIRKAN 1 ASET NI.." - AMIR RAJA LAWAK TERPAKSA JUAL KERETA SELEPAS BAYARAN DARI STESEN TV MASIH BELUM DAPAT



"Bayaran dari stesen televisyen masih belum dapat lagi, hari ini saya jual kereta untuk tampung apa yang patut. Ada juga terasa sedih sebab kereta ini, walaupun sekejap bersama saya, tetapi banyak kenangan dan jasa kepada saya.

"Kereta ni juga ada ikut saya berniaga, merata kitorang bersama ke Johor, ke Perak, pergi niaga air tepi jalan. Plan nak buat cantik-cantik nak pergi camping tapi tak kesampaian, ada benda yang lagi mustah@k untuk saya buat dan terpaksa cairkan 1 aset ni..

"Alhamdulillah. Selamat jalan proton juara ku," itulah kata pelawak Amir Raja Lawak menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia meluahkan rasa sedih terpaksa menjual keretanya bagi mendapatkan wang, berikutan masih belum menerima bayaran daripada stesen televisyen terkenal.

Sebelum ini, Amir mendedahkan sebuah stesen televisyen terkenal masih belum melunaskan bayaran tertungg@k berjumlah RM18,000 sejak tiga tahun lalu dan menurutnya lagi, jumlah yang perlu dibayar adalah RM23,000, namun pada awal tahun lalu, dia hanya menerima RM5,000.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: