"Mereka dakwa dapat restu daripada arwah (Mael). Saya nafikan perkara ini. Ini adalah suatu perkara menyedihkan apabila mereka kata dapat restu. Arwah abang saya tidak pernah merestuinya.
"Mereka dengan sewenang-wenang 'menjaja' nama arwah abang saya. Kita pun sedih kerana pihak ini tidak guna cara beradab dengan pihak yang memilik kebenaran secara sah.
"Apa yang buat kami kec£wa apabila mereka gunakan (nama XPDC) dengan tujuan membuat persembahan dan mencari perhatian. Ini suatu perkara yang tidak beradab."
Demikian dakwa adik kepada penyanyi XPDC, Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael, iaitu Syed Ali Syed Ibrahim, 52, pada sidang media penyal@hgunaan nama XPDC di sini, baru-baru ini.
Syed Ali meluahkan rasa k£sal dengan tindakan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Real XPDC yang didakwa menggunakan nama abangnya untuk tujuan meraih publisiti.
Katanya, kenyataan kumpulan terbabit yang mendakwa penubuhan band itu atas dasar restu diberi Allahyarham Mael, tidak boleh diterima sama sekali, terutama dalam kalangan ahli keluarga.
Dalam pada itu, Syed Ali menerusi sidang media tersebut turut meminta agar semua pihak menghormati Allahyarham Mael dengan tidak mengguna atau menjaja nama beliau untuk meraih keuntungan.
Klik untuk gambar besar
"Kalau hendak panggil (dapatkan kenyataan) tuan badan sudah tidak boleh. Jadi, mereka gunakan nama arwah abang sebagai modal dan 'senj@ta'. Kalau hendak bersaing, buatlah dengan cara sihat, bukan tidak benar sebegini. Saya harap berhenti dan insaflah," tuturnya.
Selain itu, Syed Ali turut mendakwa, dia pernah mengajak pihak terbabit untuk bersemuka, namun tiada maklum bal@s diterima.
"Saya pernah ajak jumpa sebab g£ram dengan tindakan mereka. Jadi, apabila perkara ini berlaku, saya sangat terkil@n kerana mahu ajak jumpa, tetapi, tiada jawapan.
"Semua orang ada hal peribadi, cuma jangan gunakan untuk tujuan tertentu seperti kaut keuntungan. Jangan gunakan nama arwah abang saya untuk tujuan tak benar dan alasan tak munasabah," ujarnya.
Baru-baru ini, peguam mewakili Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN), Aizul Rohan mendakwa penggunaan nama XPDC hanya dibenarkan untuk lapan individu yang pernah terbabit secara langsung dan sah bersama kumpulan rock popular era 1990-an itu.
Disamping itu, Aizul mendakwa syarikat rakaman, Life Records sebagai pemilik hak cipta jenama XPDC hanya membenarkan dan memberi Pemilikan Cap Dagangan (Trademark Ownership) kepada dua kumpulan sahaja, iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia.
Individu yang didakwa Aizul diiktiraf menggunakan jenama XPDC adalah Allahyarham Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael), Mohd Zulkifly Nik Hussin (Izo), Azuar Md Tasi (Zuar) dan Rosly Abdul Samat (Lee Space).
Selain itu, empat lagi individu adalah Suhaimi Abu Bakar (Amy), Mohd Ali Ismail (Ali), Saiful Rizla Kamarudin (Lola) dan Amran Marsiman (Yan).
Terdahulu, pada 27 April 2023, Allahyarham Mael, 55, meninggal dunia selepas dilaporkan mengalami s£sak nafas ketika dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor.
Sebelum ini, timbul kontr0versi apabila sebuah kumpulan menggunakan nama XPDC terbabit secara aktif membuat persembahan dan memprom0sikan konsert.
Band berkenaan menggunakan nama XPDC dalam pelbagai bahan prom0si tanpa kebenaran atau pengesahan rasmi daripada pemilik hak sehingga meng£lirukan peminat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment