31 July 2025

IMBASAN X-RAY GIGI - ZARA ZYA P£NING JAWAB SOALAN DOKTOR YANG SANGKA DIRINYA PAKAI SUSVK : "TAK PASAL KITA KENA LAYAN TAZKIRAH DIA PULA... TERUS PASANG ZIKIR"



"Tengah kemas gallery, terjumpa gambar X-ray masa saya buat 'check up' gigi beberapa tahun lepas. Nampak tak sesuatu kat bawah pipi tu?
"Beria doktor suruh staf semua keluar bilik dan dia pun mula lah susun ayat untuk bertanya pada saya. Dia bisik, 'dulu ada pakai susvk ke?'. Ahhh pening saya fikir, bila masa pula saya buat benda tu."

Demikian kongsi pelakon Zara Zya yang bercerita mengenai pengalaman lucu apabila doktor menyangka dirinya memakai susvk gara-gara keputusan imbasan X-ray di sebuah klinik baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar
Zara yang berkongsi perkara itu menerusi Thr£ads, turut memuat naik gambar X-ray berkenaan dimana ia memaparkan objek seakan j@rum taj@m di bawah bahagian pipinya.

Jelas pelakon itu lagi, objek tersebut bukanlah j@rum tetapi ianya adalah pin daripada pros£dur pemb£dahan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
"Doktor tak baik eh fikir saya pakai susvk. Saya cakap, itu pin sebab saya buat operation lah. Dari pipi ke leher. Tapi lepas saya terangkan dan cerita, muka dia masih macam antara nak percaya dengan tak.

"Dia sibuk pula cerita kisah orang lain yang datang klinik dia. Bila X-ray ada nampak seakan macam tu juga tapi lebih banyak. Dan mereka mengaku sesuatu tu. Alahaiii doktor gigi tengah s@kit ni, tak pasal kita kena layan tazkirah dia pula.

"Part kelakar, dari elok pasang lagu sheila on 7, terus pasang zikir. Kau ingat aku hantu ke doktor oi?" katanya pada perkongsian itu yang mendapat perhatian ramai.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: