"Saya memang tak nak masuk campur k£s ni. Tapi saya dapat tawaran untuk cari sal@h seorang yang komen fitn@h. Saya hanya bantu apa yang boleh saja. Saya sebenarnya teringin nak jumpa dia tapi terpulanglah kalau Ruhainies pilih dia untuk berjumpa.
"Kadang teringin nak jumpa orang macam ni untuk sembang je macam mana diorang ada masa untuk komen macam tu," ujar pelakon Risteena yang tampil bersuara mempertahan adiknya, Ruhainies apabila ada yang mendakwa pelakon itu mempunyai 'sug@r d@ddy'.
Risteena menerusi perkongsian di media sosial, berkata, pada awalnya dia tidak mahu masuk campur, namun menerima tawaran untuk mencari individu yang menyebarkan fitn@h tersebut.
Tambahnya lagi, adiknya tidak perlukan 'sug@r d@ddy' kerana sememangnya mempunyai duit yang banyak dan hanya keluarga sahaja yang tahu bagaimana Ruhainies bekerja keras.
"Kita orang yang family ni yang tahu dia kerja keras macam mana. Duit dia memang banyak. Tak payah 'sug@r d@ddy' bela dia. Sebelum ini rasanya kita memang dah 'ignore'.
"Cuma kali ini kita buat sekali, percayalah lepas ni tiada lagi komen yang bukan-bukan. Kalau kita biar lagi kali ni, kita akan terus dibvli," tulisnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment