11 July 2025

"KERJASAMA KAMI DENGAN SYARIFAT LAMA SUDAH PUN BERAKHIR SECARA RASMI" - NUR NILAM AKUI EM0SINYA & AZLAN KOMENG TERK£SAN DISEBABKAN MAS4LAH PERNIAGAAN



Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz telah membuat pengumuman pada sidang media yang diadakan sebuah hotel, di sini, semalam, dimana dia menarik diri daripada usaha sama pr0duk dengan syarikat lama.
Jelas Nilam, dia dan suaminya itu sudah tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan pr0duk lama terbabit.

"Kalau teruskan dengan mereka tak ada mas@lah tetapi saya tak boleh abaikan hati nurani saya. Sebab saya tahu, minyak ini banyak mas@lah. Jadi saya tarik diri.

"Kerjasama kami dengan syarikat lama sudah pun berakhir secara rasmi, dan kami telah menarik diri sepenuhnya daripada sebarang urusan berkaitan pr0duk terbabit sama ada sebagai 'co-founder' (pengasas bersama) atau duta," katanya.

Pasangan ini turut melantik peguam daripada Tetuan Kyara & Co untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas rakan perniagaannya kerana menggunakan namanya tanpa kebenaran bagi tujuan prom0si.

"Sebelum ini, syarikat Nilam HQ, adalah hak saya 100 peratus. Selepas saya bergabung dengan pihak berkenaan, saya mengizinkan mereka menggunakan nama syarikat.

"Selepas saya menarik diri, saya membawa bersama jenama itu dan mereka tidak boleh menggunakannya lagi. Tetapi, selepas itu, pihak berkenaan mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Nilam HQ Resources pula.

"Syarikat itu pada asal saya tubuhkan kira-kira lima atau enam tahun lalu, kemudian mengambil keputusan berundur pada bulan puasa lalu. Sekarang perniagaan saya diteruskan pula di bawah syarikat Nilam Empire," ujarnya yang kembali dengan syarikat Nilam Empire.

Dalam pada itu, kata Nilam lagi, keadaan itu memberi banyak kesan em0si kepada mereka terutama membabitkan kepercayaan pihak lain.

"Isu ini juga memberi kesan kepada ment@l. Jadi, saya mencari jalan penyelesaian. Selepas berbincang dengan peguam, saya fikir perlu dedahkan apa yang berlaku," tuturnya.

Sementara itu, Azlan pula melahirkan rasa k£sal serta mendakwa individu yang dikatakan bekas rakan perniagaan itu bertindak melampaui bat@s dengan mengg@nggu ahli keluarganya.

"Tindakan ini bukan sahaja tidak beretika, malah mencerminkan satu cubaan tek@nan dan intim1dasi terhadap keluarga kami. Lebih mengejutkan, individu terbabit turut menyebarkan kenyataan berunsur fitn@h dan berniat jahat.

"Tindakan ini jelas berniat untuk mer0sakkan reputasi dan menj£jaskan nama baik kami secara terbuka," katanya.

Berhubung itu, peguam pasangan ini iaitu Farhayu Aziana Mazlan, memberitahu, pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa individu yang terbabit dalam isu berkenaan sebelum menghantar surat tuntutan (LOD).

"Sekarang ini sedang dalam proses, ada yang kita sudah hantar. Malah, ada juga yang bakal dihantar. Setakat ini kami belum memulakan tindakan mahkamah.

"Kami masih menunggu jawapan dalam tempoh 14 hari untuk pihak terbabit memberi jawapan LOD itu," jelasnya.

Peguam Isznie Anis Ismail yang turut mewakili mereka pula berkata, antara tuntutan dibuat adalah untuk pihak berkenaan mengeluarkan sebarang hantaran membabitkan anak guamnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: