"Nanti kalau Nada satu sekolah dengan anak korang, jangan lah ej£k dia. Dia sempurna, cantik. Dia bukan anak lu@r nikah. Dia ada keluarga yang lengkap sebelum ini tetapi sekarang lebih lengkap.
"Cuma sil@p pada mak ayah dia, Nada terkena temp1as. Tapi jangan risau, Nada ada saya yang akan sentiasa lindunginya. Ajarlah anak korang bab ini. Jangan ej£k-ej£k anak orang."
Itulah kata Fara Salleh dalam satu perkongsian di media sosial dimana dia berharap anak perempuannya, Elaine Nada tidak menjadi bahan ej£kan apabila masuk di alam persekolahan kelak, susulan kontr0versi terpalit dirinya dan suami, pelawak Shuk Sahar.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Fara dilihat ada memuat naik gambar memaparkan sijil kelahiran anaknya serta mempers0alkan akibat tidak mendaftarkan pernikahan mereka.
Sementara itu, Fara turut memberitahu, dia sudah berusaha sehabis baik untuk menuntut keadilan kepada anaknya, namun mendakwa Shuk yang tidak memberikan kerjasama dalam urusan mahkamah.
"Saya bukan tidak berusaha menuntut keadilan, dua kali naik mahkamah seorang diri. Kali terakhir naik mahkamah 10 Jun tapi dia tak datang, dia pergi bercuti dengan anak-anak yang lain di Sabah.
"Sedangkan n0tis dia dapat untuk tarikh itu. Jadi bahagian mana yang dia ingin tegakkan sekarang ini? Aku pernah pesan pada dia jangan sus@hkan anak ini, itu sahaja.
"Kau hanya perlu datang mahkamah sahaja lain semua aku boleh selesaikan. Cuba google balik kes ini viral awal-awal dan masa orang interview aku," tuturnya.
Terdahulu, Fara menitipkan pesanan buat ibu bapa Shuk apabila bertanyakan adakah mereka tidak mahu melihat cucu mereka selepas dia bert@rung nyawa melahirkan secara pemb£dahan pada 26 jun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment