11 July 2025

KETIKA SESI LATIHAN KONSERT - SHILA AMZAH DAKWA KENA S£RANG PENYANYI LEGENDA



"Gil@ bila seorang penyanyi legenda boleh meny£rang saya di hadapan semua kru di tempat awam. Bersyukur sebab kamu orang tua. Tetapi kamu telah menc£tuskan 'anxi£ty' terhadap keselamatan saya."

Demikian tulis penyanyi Shila Amzah dimana dia mendakwa dirinya kena s£rang oleh seorang penyanyi legenda ketika sesi latihan Konsert MR D.I.Y yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di media sosial itu turut berkata, kejadian itu berlaku di hadapan kru yang bertugas.

Dalam perkongsian itu, ibu keada dua cahaya mata itu tidak menyangka artis legenda berkenaan boleh bertindak sedemikian di hadapan khalayak ramai.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dimuat naik pengurus Shila dikenali sebagai Aini Shuhaidah memberitahu, satu laporan polis telah pun dibuat dan sias@tan lanjut sedang dijalankan.

Difahamkan, hantaran yang menyebut mereka sudah membuat laporan polis sudah dipadam Shila.

Dalam pada itu, Aini juga meluahkan rasa k£sal apabila artis legenda tersebut menunjukkan sikap tidak profesional.
"Macam tak percaya individu berpengalaman boleh bertindak tidak profesional. Kami akan membuat laporan polis dan perintah larangan kepada individu terbabit," tuturnya.

Bagaimanapun, identiti penyanyi legenda yang dimaksudkan belum dapat dikenal pasti lagi.

Selain Shila, antara penyanyi yang terlibat dalam konsert sempena ulang tahun ke-10 Mr D.I.Y yang bakal berlangsung hari ini, Datuk Amy Search, Datuk Awie, Ella Aminuddin, Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: