11 July 2025

SELEPAS ANAK SYURGA 'PERGI' SELAMANYA - BEKAS ISTERI RAHMAD MEGA, AININA AHMAD B MINTA NAMA DIKELUARKAN SEBAGAI PENERIMA ZAKAT



"Selepas anak meninggal dunia saya rasa serba sal@h untuk terus menerima bayaran bantuan bulanan daripada LZS. Ketika arwah hidup saya memang tidak bekerja kerana fokus menjaganya.

"Sebenarnya saya terima bantuan bulanan daripada LZS tak lama pun, kurang setahun saja. Saya terima pun sebab fikir anak saya istimewa. Ada keperluan yang perlu dijaga.

"Tapi kalau untuk perbelanjaan makan saya tidak guna wang bantuan itu. Jadi bila anak dah tiada saya tarik diri. Bantuan ini buat saya rasa bersal@h kalau terus ambil."

Itulah kata pelakon Ainina Ahmad B, 56, dimana bekas isteri kepada penyanyi Rahmad Mega itu mengakui, dia individu yang meminta namanya dikeluarkan daripada penerima Lembaga Zakat Selangor (LZS) selepas pemergian anak istimewa, Nur Ara Elisya pada bulan lalu.

Jelas Ainina, sebelum ini dia terbuka menerima bantuan zakat kerana memikirkan keperluan anak perempuannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Kini, Ainina memberitahu, dia tidak mahu terus mengharapkan sumbangan daripada lembaga zakat kerana masih mampu bekerja untuk menyara kehidupan.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, jelas Ainina lagi, dia tidak mahu mengambil hak orang lain kerana masih ramai individu lebih layak mendapat bantuan tersebut.

"Kenapa saya nak kena ambil wang itu sedangkan ramai lagi yang memerlukannya. Tambahan pula itu duit zakat, kalau saya ambil dulu memang untuk anak saya.

"Insya-Allah kalau ada tawaran saya boleh berlakon lagi dan berniaga. Bila anak kita sudah meninggal dunia, saya rasa cukuplah. Kita pun boleh bekerja.

"Masih ramai yang memerlukan wang tersebut, saya rasa bersal@h sangat kalau makan duit zakat," ujarnya yang turut berterima kasih kepada LZS kerana memberikan bantuan dalam membiayai kos rawatan pemb£dahan tulang belakang Elisya pada Disember tahun lalu.

"Saya cuma minta untuk anak saya sahaja, katanya anak OKU boleh mohon zakat. Pemb£dahan tulang belakang arwah anak saya mencecah RM40,000 dan pihak zakat menanggung sebanyak 70 peratus dan selebihnya saya tambah," jelasnya.
Sebelum ini, tular di media sosial apabila Lembaga Zakat Selangor mendedahkan seorang penggiat seni meminta untuk mengeluarkan namanya daripada penerima zakat.

Hal ini kerana anaknya yang menghidap peny@kit tulang belakang sudah pun meninggal dunia.

Pada Disember tahun lalu, Elisya melakukan pemb£dahan tulang belakang dan selepas melalui pros£dur tersebut kesihatannya dilaporkan semakin t£ruk.

Elisya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) selama tiga bulan untuk pakar memantau keadaannya sebelum dibenarkan pulang.

Pada 22 Jun lalu, Elisya dilaporkan telah meninggal dunia sekitar pukul 2 petang.

Untuk makluman, Elisya merupakan anak hasil perkahwinan Ainina dengan penyanyi Rahmad Mega. Mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan iaitu Nur Ariena.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: