10 July 2025

SALING 'UNFOLLOW' DI MEDIA SOSIAL - STATUS RUMAH TANGGA ZIZI KIRANA & YUSUF BAHRIN C£TUS TANDA TANYA



Baru-baru ini, pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin dipercayai tidak lagi saling mengikuti (unfollow) di media sosial, sekali gus menc£tuskan tanda tanya dan rumah tangga mereka mula menjadi perhatian.

Lebih menguatkan sp£kulasi itu, gambar sambutan hari lahir Yusuf yang dimuat naik Zizi pada 8 Jun lalu dilihat sudah tiada di media sosial miliknya.

Hasil tinjauan di media sosial Zizi sejak kebelakangan ini, ia penuh dengan makna tersirat sal@h satu daripadanya adalah perkongsian yang dimuat naik pada 26 Jun lalu sempena awal muharam, dimana penyanyi itu seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui fasa suk@r.

"Tahun ini kita diuji, kita j@tuh, tapi Allah masih beri kita peluang. Alhamdulillah, walau tak semua faham perjalanan kita, Allah tak pernah jauh.

Klik untuk gambar besar

"Ya Rabb, ampuni yang lepas, redhai yang akan datang, dan jangan biarkan aku lalui semuanya tanpa-Mu," tulis Zizi yang turut memaklumkan dalam hantaran lain, dimana dia sudah berpindah rumah dan berkongsi suasana kediaman baharu yang tenang dan sunyi.

"Vibe rumah baru memang ngam! Sunyi, tenang, bunyi-bunyi alam, sesuai untuk intr0vert!" tuturnya yang sebelum ini ada menulis sesuatu yang penuh tersirat dan menimbulkan pelbagai andaian menerusi satu hantaran pada 10 Jun lalu.

"Aku belajar tak menutup pintu sepenuhnya, tapi juga tak membukanya untuk semua. Ada hal-hal yang cukup disentuh daripada kejauhan," katanya.
Sementara itu, meninjau di media sosial Yusuf pula, dia hanya berkongsi berkaitan kerja dan tiada hantaran peribadi dimuat naik.

Malah, foto bersama Zizi juga masih ada dan kali terakhir Yusuf memuat naik foto bersama isterinya itu adalah pada sambutan Aidilfitri lalu.

Untuk makluman, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: