11 July 2025

ISU T1RU BUSANA PERKAHWINAN - EZLISA LOY MOHON MAAF, ENGGAN K£RUHKAN KEADAAN : "LEBIH BAIK SAYA FOKUS JAGA NAMA KELUARGA, TERMASUK SUAMI JUGA... SAYA PUN BARU BERKAHWIN"



"Saya tidak mahu komen. Isu ini tak besar pun. Cuma apa yang saya nak ketengahkan kerja keras seseorang (pereka fesyen) yang buatkan baju saya dan selain itu, saya hanya nak gembira pada hari bahagia.

"Tak dinafikan, saya t@kut juga nak beri sebarang kenyataan sebab bimbang mungkin ia boleh jadi p0sitif atau neg@tif nanti.

"Jadi, lebih baik saya fokus menjaga nama keluarga, termasuk suami juga. Saya pun baru berkahwin, jadi tak naklah bagi terlalu banyak kenyataan. Saya okey, harap semua orang okey."

Demikian ujar pelakon Ezlisa Loy, 29, dimana dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan terhadapnya yang dikata men1ru busana perkahwinan pemp£ngaruh, Ally Mukhriz sebagaimana h£boh di media sosial.

Kata Ezlisa atau nama sebenarnya, Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, pada ketika ini, dia hanya mahu berbahagia sebagai isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hafiz Azizi yang dikahwini pada 29 Jun lalu.

"Saya terkejut sebab bila dah kahwin sekarang, memang saya risau bila dengar orang cakap burvk mengenai perkahwinan saya. Jadi, setiap hari saya doa tiada sebarang benda neg@tif.

Klik untuk gambar besar

"Kalau boleh, tak nak apa-apa perg@duhan. Sebab, saya yang rancang semua. Saya ambil dari Pinterest untuk baju saya itu dan kainnya saya ambil dari Rizman Ruzaini," jelasnya.

Selain itu, Ezlisa memohon maaf sekiranya memang ada berlaku kesil@pan daripada pihaknya serta memaklumkan selepas terpalit dengan kontr0versi itu, kakaknya iaitu pelakon Elfira Loy juga banyak memberi nasihat.

"Elfira ada juga beri nasihat. Apatah lagi, dia seorang yang bersifat 'protective' (sangat melindungi) dan saya pun begitu.

"Kakak cakap bergembira di hari bahagia saya, jangan em0si sangat. Kalau ada yang terasa dengan pihak kami, saya mohon maaf supaya tak besarkan isu ini. Janganlah g@duh fasal baju," tuturnya.
Sebelum ini, k£coh di media sosial mengenai Ezlisa yang menggayakan busana tradisional songket rona biru muda disulami manik berwarna merah jambu dikatakan meniru busana perkahwinan cucu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Situasi itu semakin hangat apabila pereka fesyen busana Ally iaitu Fizi Woo dilihat turut memberi reaksi terhadap hantaran dimuat naik pemp£ngaruh terbabit yang seolah-olah mem£rli hasil rekaannya dicipl@k.

Bagaimanapun, Ezlisa berkongsi bahawa busana perkahwinan digayakannya itu diinspirasi daripada pereka fesyen antarabangsa yang berasal dari Filipina, Michael Cinco.

Pada majlis pernikahannya yang diadakan secara eksklusif, Ezlisa menerima mas kahwin sebanyak RM300, selain kemeriahan acara dikongsikannya bersama ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Ezlisa dan suami mengikat pertunangan mereka dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung pada 27 April tahun lalu sebagai menandakan permulaan fasa baharu dalam hubungan cinta mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: