Konsert kumpulan 4U2C, iaitu WE 4U2C Live In Concert yang akan diadakan di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 15 September depan itu bakal menampilkan kumpulan rap wanita popular era 1990-an, Res2 yang popular dengan lagu 'Kepastian' dan 'Pengertian'.
Pengurus ahli kumpulan 4U2C iaitu isteri kepada Datuk AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida, 49, mengesahkan kemunculan Res2 pada konsert berkenaan.
Kata Emylia, pemilihan Res2 dibuat kerana mereka antara kumpulan rap wanita yang handal menari.
"Kalau kita imbas kembali era 1990-an dahulu, Res2 yang menari secara 'hardcore'. Jadi, kita hendak seimbangkan dengan 4U2C.
"Lagipun, pada 2020, 4U2C ada cadangan mementaskan konsert di Singapura dan ketika itu, Res2 dicadang menjadi penyanyi undangan. Namun, disebabkan pand£mik C0V1D, konsert itu terpaksa dibatalkan."
Untuk info, Res2 ditubuhkan pada akhir 1992 ketika demam muzik rap melanda Malaysia. Pada awal kemunculan, Res2 dibarisi Erin, Baby Arin, Ezza, Yati dan Wati.
Dalam pada itu, Emylia meluahkan rasa syukur usaha memujuk anggota Res2 untuk muncul pada konsert 4U2C, dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
"Bagaimanapun, dalam tempoh tiga hari, Baby beritahu mereka bersetuju untuk terbabit dalam konsert itu. Saya sangat bersyukur," ujarnya.
Selain itu, Emylia ketika ditanya adakah ada segmen duet antara 4U2C dan Res2, berkata, dia lebih selesa perkara itu menjadi kejutan.
"Biarlah jadi kejutan buat semua. Kalau hendak tahu kena datang konsert," tutur Emylia yang turut meluahkan rasa syukur kerana kontr0versi membabitkan WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event Sdn Bhd itu, selesai.
Disamping itu, berhubung k0nflik yang berlaku antara 4U2C dan komposer, Man Senoi serta isterinya iaitu Mama Rap, Emylia bagaimanapun enggan memanjangkan cerita, sebaliknya berkata, fokus kumpulan yang terkenal dengan lagu Fiona itu ketika ini hanyalah kepada sesi latihan nyanyian dan tarian.
"Kami tidak mahu panjangkan cerita. Seperti yang pernah dinyatakan, kami pentaskan konsert ini demi memenuhi permintaan anak-anak yang teringin melihat daddy mereka beraksi di pentas besar.
"Kami mahu cipta kenangan bersama anak-anak melalui konsert itu. Ini sekadar konsert reunion, bukannya 4U2C hendak kembali menyanyi," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment