06 July 2025

MAN SENOI KATA KALAU NAK JADI 'SUPERSTAR', HUBUNGI DIA & ISTERI : "BUKAN TAKBUR TAPI NYATA"



"Kami sentiasa berkarya selama 31 tahun dan menghasilkan artis-artis seperti Shades, AzmanWanAidil, Atech dan Boys'R'Us . Saya cipta lagu dan Mamarap buat lirik.
"Selain itu saya jadi pensyarah Music Business di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Lim Kok Wing University dan juga pensyarah undangan di beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam di seluruh negara.

"Selepas bersara, saya masih aktif dalam industri muzik tanah air dan juga pernah jadi ahli tribunal di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) selama tiga tahun."

Itulah kata Man Senoi atau nama sebenarnya Othman Masri, 72, berkata, dia dan isterinya, Mama Rap atau Ramziah Mohamed Noor, 62, tidak pernah menghilangkan diri selepas k0nflik yang berlaku susulan album kedua kumpulan rap, 4U2C pada era 1990-an.

Kontr0versi membabitkan 4U2C membuatkan ramai peminat terutama generasi Alpha tertanya-tanya siapa sebenarnya Man Senoi dan Mama Rap.

Menurutnya, dia tidak berkira apabila suka berkongsi ilmu dengan sesiapa saja yang berminat dengan muzik.

"Saya juga aktif bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Irama Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), jelajah seluruh Malaysia berkongsi pengalaman bersama belia seluruh Malaysia .

"Saya buat begini sebab minat mendalam terhadap industri muzik tanah air. Mamarap pula bekerja sebagai pengurus klinik kesihatan dan kecantikan dan bersama satu jenama selama 15 tahun.

"Namun, kami tetap dan masih berkarya macam dulu dan hasil terbaru kami boleh ditonton di saluran YouTube Music Man Entertainment. Sekarang anak dan cucu pun bergiat dalam ciptaan lagu dan lirik," tuturnya.

Jelasnya lagi, lagu-lagu mereka merangkumi pelbagai genre dari pop ke rock, jazz, R&B, dangdut dan pelbagai lagi.

"Kami juga sedang mencari bakat-bakat baharu dan muda untuk diketengahkan dalam industri muzik tanah air. Jika nak jadi 'superstar' hubungilah kami. Sudah terbukti hasil didikan dan produksi syarikat kami membuahkan hasil, bukan takbur tapi nyata," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: