06 July 2025

SEBELUM NIKAH, KEITH FOO MAHU DALAMI AGAMA ISLAM - RIENA DIANA SUDAH ADA NAMA ISLAM UNTUK KEKASIH HATI



"Keith masih dalam proses belajar, sekarang pun baru belajar doa makan dan masih belum mahir.

"Ada juga beberapa perkara lain yang kami belum bersedia untuk kongsi kepada umum, tetapi sudah tentu semuanya menggembirakan.

"Kami juga nak elakkan orang mengata Keith menukar agama sebab nak kahwin. Kalau boleh, kami tak mahu buat keputusan terburu-buru seperti hari ini masuk Islam, esok terus nikah.

"Keith sendiri beritahu dia ingin memeluk Islam terlebih dahulu dan benar-benar memahami ajaran agama ini, barulah kami akan berkahwin."

Itulah jelas pelakon Riena Diana, 27, dimana dia memaklumkan, kekasih hatinya yang juga pelakon, Keith Foo kini sedang mendalami agama Islam sebagai persediaan sebelum melangkah ke fasa perkahwinan.

Kata Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, dia dan Keith sudah mempunyai pelbagai perancangan mengenai masa depan mereka, selepas setahun menyulam cinta.

Klik untuk gambar besar

Selain itu, Riena memberitahu, sekiranya kekasih hatinya itu memilih untuk memeluk Islam kelak, dia mengaku sudah mempersiapkan nama Islam untuk Keith.

Bagaianapun, Riena berkata, dia enggan terlalu memaksa, sebaliknya gembira melihat perubahan Keith sepanjang mendalami Islam.

"Kami sudah berbincang mengenai perkara ini. Keith juga bagi saya peluang untuk pilih nama Islam, cuma kami belum sedia untuk kongsi lagi.

"Buat masa sekarang ini dia sangat okay, saya tak berani nak komen banyak tapi sudah tentu saya beri contoh yang baik.

"Saya bolehlah ajar sikit-sikit, selebihnya saya serahkan kepada Keith. Sekarang pun saya sudah gembira lihat perubahan dia," ujarnya.
Sementara itu, Keith atau Foo Chuan Chin, 42, mengakui dirinya masih dalam proses mendalami Islam dan banyak mendapat tunjuk ajar daripada Riena.

Dalam pada itu, tuturnya lagi, pada tahun hadapan, pelbagai khabar gembira yang pasti akan dikongsikan kepada peminat.

"Sejujurnya, sebelum kami bersama lagi saya memang sudah banyak membaca tentang Islam. Namun sejak bersama Riena, dia banyak membantu saya dari doa makan hingga kepada perkara asas lain dalam Islam yang kini sedang dipelajari.

"Saya tak mahu terlalu berkongsi secara terbuka buat masa ini. Cuma saya berharap orang ramai dapat doakan yang terbaik buat kami dan sama-sama nantikan apa yang akan berlaku tahun depan," luahnya.

Untuk makluman, Riena dan Keith mula menjalin hubungan cinta sekitar Jun 2024 selepas terlibat dalam penggambaran drama 'Salju Rindu'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: