"Tidak sangka dalam banyak orang tapi saya yang dipilih untuk ditaja sepenuhnya dan kos keseluruhan mencecah RM10,000. Saya rasa Datuk Seri Vida pilih Ipoh sebab dekat dengan kediamannya malah mudah sekiranya nak pantau saya ketika berpantang."
Demikian tutur pemp£ngaruh sens@si, Siti Jamumall, 27, dimana dia tidak sangka serta terharu apabila usahawan, Datuk Seri Vida (DSV) sanggup menaja sepenuhnya kos untuknya bersalin di sebuah hospital swasta yang menelan kos RM10,000.
Kata Siti atau nama sebenarnya, Suriani Wahidin, Vida sengaja memilih negeri Perak untuk lokasi bersalin supaya mudah buatnya memantau keadaannya selepas melahirkan anak ketiga nanti.
Siti menerusi media sosial telah berkongsi satu rakaman video memaparkan dirinya mengunjungi sebuah hospital swasta bersama ibunya dan Vida.
Menerusi kunjungan itu, mereka dilihat sedang meninjau lokasi yang akan menjadi tempat bersalin anak ketiga Siti yang dijangka pada awal September nanti di Ipoh, Perak.
Dalam video itu juga, Siti dilihat teruja dan tidak dapat menahan sebak, sebelum mengelap air matanya lalu menyandarkan wajah di bahu Vida.
"Saya pun tidak tahu kenapa Datuk Seri Vida sanggup menaja mungkin dia dapat merasakan kesakitan yang saya lalui ini," ujarnya.
Difahamkan, Vida mengambil Siti menjadi anak angkat kerana memahami kep£ritan ditanggungnya, sekali gus menjaga kebajikannya serta anak bakal dilahirkan kelak.
"Allah hadirkan saya Mama (kandung) dan Mama Vida... ketika ujian datang bertub1-tub1, mama Vida hadir bagaikan pelindung. Peng0rbanan mama bayarkan bil hospital ini, Siti takkan lupa sampai akhir nyawa," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti mengakui, dia bukan meng£luh, sebaliknya menyifatkan pengalaman lalu dalam rumah tangga itu banyak mengajarnya erti p£rit kehidupan.
"Saya anggap ini adalah 'pelangi selepas hujan' sebab ujian dalam hidup saya besar selepas diceraikan dan dimalukan kawan sendiri," luahnya.
Terdahulu, nama Siti menjadi bualan hangat netizen selepas tular satu video rakaman sesi siaran langsung dirinya diceraikan suami yang juga pemp£ngaruh, Aiman Tak Kesah secara langsung di media sosial pada Mei lalu, selepas bernikah dalam majlis tertutup di Satun, Thailand pada Jun 2023.
Siti sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohammad Syafiq pada 2019, namun bercerai selepas tiga tahun. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment