"Bukan saya mahu berahsia (mengenai perkahwinan) tetapi kerana usia saya sudah begini, apatah lagi ini bukan perkahwinan pertama saya. Biarlah itu menjadi perkara peribadi bukan saya tidak mahu berkongsi berita ini dengan semua orang.
"Saya juga tahu malam itu (majlis resepsi) sudah tentu kawan-kawan saya akan muat naik di media sosial (foto). Saya rasa tidak perlu nak diheb0hkan, saya memilih untuk menyimpan hal peribadi."
Itulah jelas penyanyi Jacyln Victor, dimana dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan seorang pad£ri iaitu Calvin T Samuel pada Mei lalu.
Kata Jaclyn atau nama penuhnya, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 47, dia mahu menyimpan perkara itu secara peribadi, memandangkan statusnya sebagai ibu tunggal, selain faktor usia.
Namun ujar Jaclyn lagi, dia tidak menghalang rakan-rakan artis yang menghadiri majlis resepsinya untuk berkongsi berita gembiran itu di media sosial.
Dalam pada itu, Jaclyn memberitahu, dia tertarik dengan suaminya kerana memiliki ciri-ciri seperti tinggi, berkulit gelap serta kacak, selain Calvin juga pandai melayan anak-anaknya dan sentiasa meluangkan masa bersama mereka.
"Saya suka lelaki tall, dark and handsome. Dia seorang yang baik dan tenang. Saya suka dia layan anak-anak saya. Dia banyak habiskan masa mereka. Hubungan saya dan dia pun tidak rasa kekok. Cara komunikasi kami pun baik," ujarnya.
Disamping itu, Jaclyn meluahkan rasa syukur dipertemukan dengan insan yang serasi dan menerima dirinya seadanya, selepas enam tahun membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal.
"Setakat ini saya baik-baik saja dan merasakan berada dalam kehidupan yang gembira. Tak selalu kita jumpa orang yang serasi dan boleh terima diri kita sepenuhnya," katanya.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Calvin yang berasal dari kepulauan Barbados, menyifatkan Jaclyn sebagai seorang yang sangat mengagumkan."Kami bertemu dua tahun lalu ketika saya cuti di Malaysia. Saya menghadiri ke sebuah acara di mana Jaclyn membuat persembahan.
"Itu adalah kali pertama kami bertemu. Saya suka semuanya tentang Jaclyn dan dia adalah seorang yang merendah diri dan dia sangat mengagumkan," tuturnya.
Pada 25 Mei lalu, penyanyi Shila Amzah berkongsi berita gembira mengucapkan tahniah kepada Jaclyn selepas kembali bergelar isteri kepada Calvin.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di sebuah dewan diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Untuk makluman, Jaclyn pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi asal Amerika Syarikat iaitu Shawn Rivera pada Julai 2014, namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup dengan Shawn, Jaclyn dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment