15 July 2025

LAPORAN POLIS TERHADAP PENYANYI LEGENDA - SHILA AMZAH TIDAK BERHASRAT TARIK BALIK DEMI KESELAMATAN



"Saya buat laporan polis sebab nak jaga diri dan ment@l saya. Macam mana nak keluar rumah kalau rasa tak selamat? Saya juga buat untuk jaga dia (Amy) supaya tak berkelakuan luar bat@s lagi (kepada saya dan orang lain."
Demikian tutur penyanyi Shila Amzah dimana dia tidak berniat untuk menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap penyanyi legenda, Amy Search kerana bimbangkan keselamatan dirinya.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, dalam masa sama memberitahu, tindakannya itu bagi mengelakkan daripada individu lain terkena perkara yang sama.

Selain itu, Shila turut mendedahkan ramai rakan artis dan mereka dibelakang tabir memberikan sokongan kepadanya serta ada yang mengakui pernah melalui pengalaman sama.

"Sejurus kejadian ini berlaku, terlalu ramai mesej saya termasuklah rakan-rakan industri dan orang yang bekerja di belakang tabir. Mereka kata pernah mengalami perkara sama.

"Saya sangat kec£wa. Sejujurnya, saya tiada mas@lah dengan sesiapa sebelum ini. Sebagai anak seni, saya rasa perkara ini langsung tidak wajar," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: