"Saya tidak mahu mengulas lebih mengenai k£s ini (perceraian) kerana masih lagi dalam perbicaraan. Cuma, saya memang ingin ia diselesaikan segera dan sebab itu juga saya failkan secara 'fast track'. Tetapi, nampaknya masih berlarutan sampai sekarang dan semoga ia dapat berakhir pada 13 Ogos nanti."
Demikian ujar penyanyi Zehra Zambri, 38, dimana dia berharap k£s perceraian yang difailkannya terhadap suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, akan dapat diputuskan melalui lantikan Hakam Islah pada 13 Ogos depan.
Selepas mengikuti pembentangan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung k£s perceraian yang difailkan pada 7 Mac lalu, Zehra yang ditemui media di Mahkamah Rendah Hulu Langat di sini, hari ini berkata, buat masa ini dia memang memberi fokus untuk k£s perceraian itu dapat diselesaikan terlebih dahulu.
Sementara itu, Zehra turut memaklumkan anaknya, Zahiyah Iqleela kini berusia dua tahun sudah pun dibenarkan keluar dari hospital selepas difahamkan s@kit baru-baru ini.
"Memang betul anak saya s@kit dan dimasukkan ke wad untuk rawatan baru-baru ini sebab ada kah@k di dalam paru-parunya. Tapi, sekarang dia (anak) sudah dibenarkan balik ke rumah pun.
"Anak saya berada dalam wad dari 10 Julai sampai 13 Julai lalu, tiga hari saja dan bapa dia (Iqwan) ada datang jaga untuk satu malam. Cuma, segala urusan anak, memang saya yang uruskan sendiri daripada A sampai Z," jelasnya.
Dalam pada itu, Zehra mendakwa dia terpaksa menagih kewangan daripada suaminya, selain terpaksa mendahulukan duit sendiri ketika menjawab pertanyaan mengenai tanggungjawab Iqwan terhadap kebajikan anak mereka sejak k£s perceraian itu.
"Bercakap soal kebajikan anak, dia (Iqwan) pernah sebelum ini hampir lebih sebulan tidak datang menjenguk anak. Malah, kalau bab keperluan anak seperti susu dan 'pampers' (lampin pakai buang), saya yang perlu dahulukan duit sendiri.
"Tapi, kemudiannya baru saya 'claim' semula dengan dia (Iqwan). Namun, sus@h jugalah nak minta, ibarat perlu mengemis terlebih dahulu dan dia juga ada minta pengurangan (bayaran)," tuturnya yang turut berkata, dia tidak akan sesekali menghalang Iqwan bertemu dengan anak mereka walaupun hubungan perkahwinan dibina sejak tiga tahun lalu kini dalam proses perceraiann.
Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan pada Mac lalu dengan lima tuntutan dibuat terhadap lelaki itu, antaranya dakwaan berkaitan nafkah dan berlaku kegan@san dalam rumah tangga.
Bagaimanapun, hari ini Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan perceraian mereka yang akan dilakukan secara Hakam Islah daripada lantikan mahkamah.
Hasil daripada pembentangan keputusan JKP hari ini, pihak mahkamah juga mendapati ada berlakunya Syiqaq iaitu tiada persefahaman yang berpanjangan antara Zehra selaku plaintif dan Iqwan (defendan).
Untuk makluman, Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment