"Cari tahu benda dan tangan ajaib yang menyebabkan benda ni berlaku. Dia (penyanyi legenda) tidak berseorangan."
Itulah tulis penyanyi Shila Amzah menerusi media sosial, dimana dia meminta orang ramai tidak mengaitkan pelakon Nabila Huda dalam isu membabitkan dirinya dengan seorang penyanyi legenda.
Dalam hantaran tersebut, Shila mendedahkan penyanyi lagenda terbabit tidak berseorangan, malah memberi gambaran ada individu yang didakwa menjadi penyebab perkara itu berlaku.
Klik untuk gambar besar
"Sepanjang saya kenali nama beliau dalam industri 17 tahun lalu, beliau langsung tidak begini. Dalam keadaan penuh kamera di hadapan saya malam tadi menjadikan ia lebih t£ruk," katanya.
Selain itu, Shila turut memohon maaf kepada media kerana tidak dapat menyebut nama individu berkenaan secara terang-terangan ketika temu bual.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment