Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, 38, iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, enggan memberi sebarang komen berhubung k£s perceraiannya itu yang ditangguhkan pada tarikh lain dan ia akan diselesaikan melalui hakam.
"Tidak ada apa-apa keputusan dicapai hari ini dan mohon maaf, saya tak mahu komen banyak (mengenai keputusan cerai) sebab nak pergi tengok anak yang tak sihat," ujarnya ketika ditemui media selepas hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat di sini, bagi pembentangan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk k£s perceraiannya yang ditangguhkan pada 7 Mei lalu.
Dalam pada itu, Iqwan berkata, untuk penjelasan lebih lanjut berhubung keputusan JKP itu dan apa yang berlaku dalam mahkamah boleh ditanyakan kepada Zehra serta peguamnya, Abd Muiz Samsuri yang arif dalam hal berkenaan.
"Hari ini, memang sepatutnya akan diperdengarkan keputusan JKP (untuk k£s perceraian difailkan). Tetapi mengikut keputusan mahkamah tadi, ia terpaksa dilanjutkan kepada Hakam Islah.
"Cuma, untuk penjelasan lanjut mengenai apa yang berlaku di dalam mahkamah hari ini (berhubung keputusan JKP) boleh bertanya kepada Zehra dan peguamnya yang lebih arif," tuturnya.
Disamping itu, Iqwan berkata, dia memang berhasrat untuk menceraikan Zehra, namun tetap menghormati pros£dur daripada pihak mahkamah ketika ditanya mengenai harapannya berhubung k£s perceraian berkenaan yang ditangguhkan lagi.
"Sebagaimana yang pernah dijelaskan sebelum ini, saya memang ada berhasrat untuk menceraikan Zehra dalam prosiding (perbicaraan keputusan JKP) hari ini. Tetapi, saya kena akurlah dengan prosedur daripada mahkamah.
"Apatah lagi, k£s ini (cerai) mengikut Seksyen 47 (Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003) dan ada fasa yang perlu dilalui, jadi saya hormati keputusan ditetapkan mahkamah.
"Namun, kalau diikutkan memang saya sudah bersedia pun untuk lepaskan (cerai) Zehra sejak dari sebelum ini lagi. Cuma, saya perlulah melalui proses mahkamah yang ditetapkan itu," katanya.
Menurut Iqwan lagi, dia juga sedar yang perkara membabitkan urusan perceraiannya dengan Zehra sudah berterusan agak lama serta belum dapat diselesaikan lagi hingga kini.
Terdahulu, Zehra memfailkan permohonan cerai terhadap Iqwan pada 7 Mac lalu dengan lima tuntutan dibuat terhadap lelaki itu, antaranya dakwaan berkaitan nafkah dan berlaku kegan@san dalam rumah tangga.
Bagaimanapun, hari ini Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan perceraian Zehra dan Iqwan yang akan dilakukan secara Hakam Islah daripada lantikan mahkamah.
Hasil daripada pembentangan keputusan JKP hari ini, pihak mahkamah juga mendapati ada berlakunya Syiqaq iaitu tiada persefahaman yang berpanjangan antara Zehra selaku plaintif dan Iqwan (defendan).
Untuk makluman, Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment