15 July 2025

NABIL AHMAD PUJI AMMAR AHYAN, KAGUM CARA DIDIKAN ALIFF SYUKRI & ISTERI : "DIA SEORANG BUDAK YANG PANDAI & BAIK... REZEKILAH DAPAT ANAK MACAM ITU"



"Apa yang saya kagum sewaktu berjumpa dengan Ammar ialah, dia cakap, 'Saya nak bawa mak dan ayah saya bercuti'. Bila dia kata begitu, saya 'expect' dia nak bawa bercuti ke luar negara tapi dia cakap nak pergi ke Langkawi.
"Tak akanlah ke Langkawi kan? Lepas itu, dia kata sekarang dia mampu bawa ke Langkawi saja. Maknanya, dia nak bawa mak ayah dia bercuti mengikut hasil pendapatan dia sendiri. Nanti kalau pendapatan dia dah banyak, barulah dia nak bawa mak dan ayah dia bercuti ke luar negara."

Itulah tutur pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, dimana dia mengagumi cara didikan pasangan usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida dalam membesarkan anak-anak mereka.

Nabil yang berkata demikian menerusi siaran langsung di media sosial, turut berkongsikan pengalaman ketika bertemu dengan anak sulung pasangan tersebut iaitu Ammar Ahyan yang menjadi jemputan radio.

Menurut Nabil, Ammar memberitahu, dia menyimpan niat untuk membawa ibu bapanya bercuti menggunakan wang hasil pendapatannya sendiri.

Dalam pada itu, Nabil menyifatkan Ammar seorang remaja yang bijak serta satu rezeki buat Aliff dan Shahida kerana dikurniakan anak yang baik.

"Saya kagum dengan mak dia sebab Ammar Ahyan itu, ya Allah 'brilliant'. Dia seorang budak yang pandai dan baik. Rezekilah dapat anak macam itu," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: