15 July 2025

BAHAGIA ADA TIGA KELUARGA - BUNGA CITRA LESTARI LUAH RASA SYUKUR IBU BAPA ASHRAF SINCLAIR TERIMA SUAMI BAHARU



"Mereka (keluarga Ashraf Sinclair) menerima Tiko (suami baharu) seadanya. Saya juga bersyukur keluarga Ashraf dapat menerima kehadiran Tiko. Tidak hanya Tiko, tapi seluruh keluarga dia juga. Mereka juga tidak kisah melihat hubungan baik saya dengan keluarga Ashraf.
"Kalau dilihat semula sewaktu perkahwinan kami di Bali, saya seperti ada tiga ibu bapa sekarang. Ada ibu bapa saya, ibu bapa Ashraf dan ibu bapa Tiko. Jadi semuanya jadi satu keluarga."

Demikian ujar penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, 42, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila keluarga Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair dapat menerima kehadiran suaminya baharunya, Tiko Aryawardhana.

Kata Bunga yang sudah dua tahun bergelar isteri Tiko, ibu dan bapa mentuanya juga tidak mempunyai mas@lah sekiranya dia masih menjalinkan hubungan baik dengan keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.

Klik untuk gambar besar
Merasa beruntung kerana kini sudah memiliki tiga buah keluarga, Bunga memberitahu, dia masih menjalinkan hubungan baik dengan keluarga Ashraf kerana rasa kasih dan sayangnya itu bukan hanya untuk arwah suaminya tetapi buat mereka semua.

Tambah ibu seorang anak lelaki ini lagi, keluarga Ashraf itu terlalu baik dan dapat menerima kehadiran Tiko dalam kehidupan baharunya ini.

"Dulu saya mempunyai hubungan dengan Allahyarham Ashraf sebagai suami dan isteri. Saya tidak hanya bernikah dan mencintai Ashraf tetapi saya menyayangi seluruh keluarganya.

"Keluarga Ashraf pun sangat baik dengan saya, selalu memberi sokongan kepada saya. Malah sekarang menyokong Tiko untuk masuk ke dalam keluarga kami," tuturnya yang turut merasakan ikatan yang terjalin antara ketiga-tiga buah keluarga ini merupakan satu nikmat bahagia yang dimilikinya.
"Kami seperti sebuah keluarga besar. Saya rasa ia satu perkara sangat indah kerana bukan semua orang mempunyai kelebihan seperti ini. Lagi pun kami semuanya bersikap matang, jadi hubungan itu lebih mudah untuk dijalinkan.

"Tidak ada perasaan c£mburu atau ir1 h@ti, cuma bagaimana cara kita saling memberikan sokongan antara satu sama lain," kata Bunga yang melangsungkan pernikahan bersama Tiko di Bali, Indonesia pada 2 Disember 2023.

Terdahulu, Bunga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ashraf Sinclair pada 2008, sebelum suaminya itu meninggal dunia pada 18 Februari 2020, semasa tidur akib@t s£rangan jantung.

Hasil perkahwinan bersama arwah Ashraf, Bunga dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 14 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: