Pelawak Mamak Puteh memaklumkan, dia tidak teragak-agak tampil membuat laporan polis terhadap sebuah stesen televisyen, selepas buntu mencari jalan penyelesaian menuntut baki bayaran.
"Saya rasa dah penat meminta. Sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa ambil tindakan. Saya pun pun sudah buntu tak tahu minta tolong pada siapa. Setiap bulan meminta, penat juga," katanya yang sebelum ini ada berkongsi gambar berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Mamat ketika dihubungi berkata, dia masih menunggu di luar pejabat sebelum membuat laporan yang bertujuan untuk meminta pihak berkenaan segera bertindak menjelaskan baki bayaran berjumlah RM18,000.
Klik untuk gambar besar
"Baki bayaran ini adalah untuk kerja yang telah saya buat pada tahun 2022. Sepatutnya selesai program televisyen akan terus dapat bayaran. Jadi laporan polis ini dibuat memang untuk menuntut pihak itu buat bayaran segera," ujarnya.
Bagi mendapatkan haknya, Mamak atau nama sebenarnya, Mohamad Ikhtiarduin Naina Mohamad, 41, merasakan tindakan ini adalah jalan terbaik.
Tambahnya lagi, dia juga sudah berulang kali menghubungi pihak terbabit namun masih tidak mendapat jalan penyelesaian untuk bayaran penuh.
"Setiap masa kami berkomunikasi. Minggu lepas pun saya ada hubungi mereka. Jawapan masih sama dan bayaran pun tertangguh. Bagi saya membuat laporan ini adalah jalan terbaik," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment