13 July 2025

NORLIA GHANI AKUI SUDAH LAMA TAHU PERCERAIAN ANAK & SHARON : "KALAU SUDAH JODOH MEREKA SETAKAT ITU SAHAJA KITA KENA TERIMALAH"



Pelakon veteran, Norlia Ghani, 77, mengakui dia sudah mengetahui berita perceraian anaknya yang juga pelakon, Rusdi Ramli, 55, dan isterinya, selepas komposer Sharon Paul, mengesahkan berita itu dimana mereka bercerai sejak Januari tahun lalu.
"Saya hormati keputusan mereka untuk berpisah kerana akur hanya setakat itu jodoh mereka. Sebenarnya, saya sudah lama tahu mereka bercerai cuma saya tidak berkongsi dengan pihak media.

"Mereka sudah bercerai sejak Januari tahun lalu dan perkara itu sudah lama selesai. Cuma baru sekarang, Sharon buat kenyataan mengenainya.

"Memang semua ibu bapa mahukan rumah tangga anak mereka bahagia dan berkekalan, tapi kalau sudah jodoh mereka setakat itu sahaja kita kena terimalah," jelas Norlia lagi, dimana dia terlebih dahulu tahu mengenai perceraian itu dari Rusdi sendiri.

Dalam pada itu, Norlia berkata, dia tidak menyokong mereka membuka a1b pasangan masing-masing ketika mengulas dakwaan Sharon yang terpaksa melalui situasi yang dinamakan 'c0ld viol£nce' sepanjang berkahwin dengan Rusdi.

"Rusdi memang seorang yang pendiam dan kalau ada mas@lah dia memang suka berdiam diri dan selesaikan mas@lahnya secara diam-diam juga.

"Saya lebih suka Rusdi berdiam diri dari memberi kenyataan kepada pihak media serta membuka aib pasangan. Dia tidak menjawab panggilan dari media mungkin kerana berada di lokasi penggambaran sekarang.

"Ini kisah rumah tangga kita buat apa nak cerita pada orang? Bila suka kita beritahu satu dunia, bila bercerai berai macam itu ada orang boleh tolong?" tuturnya.

Terdahulu, Sharon mengesahkan dia dan Rusdi sudah bercerai sejak Januari tahun lalu selepas tidak menemui penyelesaian membabitkan kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini juga wujud khabar angin mendakwa rumah tangga Sharon dan Rusdi g0yah dan mereka juga tidak sehaluan lagi.

Untuk makluman, pasangan ini berkahwin pada 2008 dan dikurniakan dua anak lelaki, Reo Ridza, 16, dan Ryan Ridza, 13 yang kini tinggal bersama Sharon.

Rusdi turut memiliki seorang anak lelaki, Efiezal Ridza, 34, daripada perkahwinan pertamanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: