13 July 2025

SHASHA ABEDUL SELAMAT BERNIKAH



Pada Sabtu, lelakon Shasha Abedul, 29, telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Adam pada sabtu selepas tujuh bulan mengikat tali pertunangan.
Khabar gembira itu dikongsikan rakan terdekat iaitu pelakon Daiyan Trisha menerusi media sosial miliknya.

"Berbahagialah Shasha dan Adam. Aku akan bersamamu selalu sampai akhir hayatku," kongsinya.

Klik untuk gambar besar
Difahamkan, majlis tersebut berlangsung secara tertutup di sebuah masjid dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak.

Menerusi perkongsian video itu, Shasha kelihatan anggun menggayakan busana berona putih sedondon dengan pasangannya.

Untuk makluman, Shasha mengikat tali pertunangan dengan Adam pada Januari lalu dan memilih merahsiakan identiti jejaka pilihan dengan mengaburi wajahnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: