"Pihak polis telah mengambil dua rakaman percakapan setakat ini. Satu kertas sias@tan telah dibuka dibawah Seksyen 506 Kanun Kes£ksaan," jelas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad.
Polis membuka satu kertas sias@tan berhubung laporan yang dibuat penyanyi Shila Amzah selepas didakwa dis£rang penyanyi legenda semalam.
Kata Mohamed Usuf, sias@tan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Kes£ksaan dan polis juga sudah merakam keterangan dua individu berhubung laporan yang dibuat dan tiada sebarang tangk@pan buat masa ini.
Dalam masa sama dimaklumkan, insid£n yang berlaku pada Khamis itu tidak melibatkan sebarang sentuhan fizikal terhadap Shila, malah punca kejadian itu masih lagi dalam sias@tan.
"Tidak berlaku sebarang sentuhan fizikal. Sias@tan masih dijalankan," ujar Mohamed Usuf yang turut memaklumkan, polis akan memanggil penyanyi legenda itu untuk diambil keterangan.
Klik untuk gambar besar
Laporan dibuat pada pukul 5.30 petang Khamis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Shila sebelum itu berkongsi kejadian dis£rang dalam satu hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya, namun penyanyi itu tidak memperincikan punca s£rangan itu berlaku.
Sementara itu, penyanyi Datuk Awie tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan dia merupakan individu yang meny£rang Shila, malah turut menjelaskan dia langsung tidak pernah bercakap dengan penyanyi wanita itu.
Terkejut apabila namanya dipetik, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 57, juga memaklumkan, dia tiada di tempat kejadian, selain tidak hadir untuk sesi latihan tersebut kerana mempunyai komitmen kerja lain.
"Saya bercakap dengan Shila Amzah pun tidak pernah. Saya tidak tahu mengenai perkara ini. Untuk apa saya nak meny£rang dia (Shila)?
"Maaf ini semua salah faham, kenapa netizen petik netizen saya pun tak tahu. Konsert itu berlangsung esok dan sekarang ni saya berada di Finas untuk sesi lantikan watikah, jadi kenapa tuduh saya?
"Merangkak la cari saya di akhirat nanti, fitn@h tu d0sa besar jangan main sebut saja," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment