11 July 2025

ISU TERMAKAN DAGING B*BI KETIKA BERCUTI DI CHINA - SYASYA (BEKAS DOLLA) TAMPIL JELASKAN KEK£LIRUAN : "MULUT SAYA TENGAH KUNYAH BENDA LAIN"



"Itulah ingat label halal untuk semua makanan dekat situ. Rupa-rupanya specific untuk satu makanan saja. Pengajaran, selepas ini kena periksa betul-betul."

Demikian kata penyanyi Syasya Rizal menerusi perkongsian di media sosial, dimana dia fikirkan semua makanan di restoran tersebut adalah halal memandangkan terdapat label halal, ketika sedang bercuti bersama suami dan anaknya di luar negara baru-baru ini.

Dalam video yang dikongsi, Syasya bertanya kepada suaminya iaitu Nasrullah Mohd Sapie tentang daging yang mereka ambil ketika di restoran berkenaan.

Kemudian suami Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, bertanyakan kepada cef mengenai makanan terbabit.

Menurutnya, semua makanan daging di restoran berkenaan tidak halal serta meminta Syasya untuk tidak lagi menggunakan pinggan, sudu dan garfu yang digunakan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Syasya tampil memberi penjelasan berhubung video tersebut, dimana ramai yang sal@h faham ingatkan dia secara tidak sengaja termakan daging khinz1r.

Ulas bekas anggota kumpulan popular Dolla itu, makanan yang sedang dikunyah dalam sebuah video sebelum ini bukan daging khinz1r.

"Tempat yang saya pergi itu ada label halal. Bukannya saya pergi tempat sembarangan yang tidak halal. Kadang-kala kita lupa, lain negara, lain caranya. Ia proses belajar.

"Waktu itu dalam mulut saya tengah kunyah benda lain, bukan pun yang ada unsur har@m," ujarnya yang menulis perkara tersebut menerusi media sosial, selepas timbul kek£liruan terhadap satu video yang dikongsi sebelum ini.
Tambah penyanyi ini lagi, dia juga tidak pernah berdepan situasi sebegitu dimana sebuah restoran mempamerkan tanda halal, namun tetap menyediakan makanan yang tidak sesuai untuk pelanggan Muslim.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia berkongsi video berkenaan sebagai satu bentuk peringatan buat dirinya.

"Saya bertanya sebab saya benar-benar tak tahu. Ini kali pertama berdepan situasi sebegini ketika bercuti. Bukan sebab saya biasa dan bangga makan makanan har@m.

"Saya kongsi video sebagai peringatan untuk diri sendiri atau mungkin untuk orang yang masih belajar," tuturnya yang bertindak memadam video yang dimuat naik sebelum ini selepas ramai yang k£liru tentang perkongsian berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: