11 July 2025

UCAPAN RITA RUDAINI SEMPENA ULANG TAHUN KE-100 TUN M



"Selamat ulang tahun Tun. ALLAH panjangkan usia dan beri kekuatan dan kesihatan yang baik... ALLAH jadi kan Tun insan yang hebat...

"Terindah Tun M 🇲🇾 100 tahun 🌹," tulis pelakon Rita Rudaini sempena ulang tahun kelahiran ke-100 bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang jatuh semalam.

Untuk info, beliau yang kini telah bersara daripada dunia p0litik itu dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Klik untuk gambar besar

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak selama dua tahun sebelum memasuki sekolah Inggeris kerajaan yang kemudian bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah.

Pada 1947, Dr. Mahathir memasuki Kolej Perubatan King Edward VII di Singapura di atas biasiswa kerajaan, kemudian pada tahun 1953, beliau lulus sebagai doktor dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar.
Selain dalam arena p0litik, Dr Mahathir cukup 'disegani' kerana masih mengekalkan kesihatannya dan aktif dengan sentiasa menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Dr. Mahathir dalam beberapa program yang dianjurkan sebelum ini, tidak lokek berkongsi petua untuk panjang umur dan kekal sihat.
"Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja, jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak," tuturnya.

Dalam program berasingan, Dr Mahathir berkata, untuk mereka yang mahu panjang umur adalah 'seseorang itu patut makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan'.

Bukan itu sahaja, malah beliau juga pernah memberitahu, dirinya amat menghormati masa, membaca dan menulis secara konsisten serta melakukan aktiviti fizikal secara berkala untuk mengekalkan kecergasan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: