Nampaknya tidak dinafikan kehebatan jenama milik usahawan dan pemp£ngaruh popular, Khairul Aming (KA), apabila kumpulan pertama pr0duk terbaharu, Rendang Nyet Berapi habis terjual dalam masa satu minit dan 18 saat, dimana sepaket rendang dijual pada harga RM17.99.
Khairul Aming menerusi sesi jualan secara siaran langsung di media sosial yang dibuat pada Jumaat malam itu mencatatkan jumlah jualan mencecah RM1.8 juta, hasil daripada 100,000 unit rendang sedia dimakan.
Kali ini, Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, memperkenalkan strategi pemasaran terbaharu iaitu membenarkan pelanggan membeli dalam jumlah banyak.
Sebanyak 70,000 unit berjaya dijual dalam tempoh 30 saat menerusi penjualan dalam berkas lima paket, manakala baki 30,000 unit lagi dijual mengikut unit habis dalam masa 48 saat selepas itu.
Tawaran ini dibuat khas sempena pelancaran sulung pr0duk keempat dalam rangkaian jenama Nyet Berapi sejak ia diperkenalkan tiga tahun lalu.
Apa yang lebih menarik, KA turut mengumumkan 'giveaway' istimewa kepada lima individu terpantas yang membeli pr0duk tersebut, sekaligus sebagai penghargaan kepada para pembeli.
Pemenang akan dibawa bercuti ke New Zealand pada bulan Oktober depan. Setiap pemenang berpeluang membawa seorang pasangan masing-masing, menjadikan keseluruhan peserta yang akan diterbangkan ke sana seramai 10 orang.
Rekod baharu ini turut mencur1 perhatian kerana dicatatkan hanya lima hari selepas usahawan sens@si, Datuk Seri Aliff Syukri merekodkan jualan RM1 juta dalam tempoh 2 minit 32 saat.
Untuk rekod, pencapaian terbaharu ini juga mengatasi jualan pr0duk kedua Khairul Aming, Dendeng Nyet Berapi, yang dilancarkan pada Februari tahun lalu.
Ketika itu, sebanyak 80,000 unit dendeng berjaya dijual dalam masa 3 minit 39 saat, dengan jumlah jualan melebihi RM1.2 juta.
Dengan kejayaan terkini ini, Khairul Aming terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara usahawan digital paling berp£ngaruh dan berjaya di Malaysia, khususnya dalam industri makanan sedia dimakan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment