09 August 2025

ENGGAN KENANG KEJADIAN DI AMT 2025 - BELLA ASTILLAH PILIH UNTUK FOKUS PADA KEBAIKAN MALAM ITU & MELANGKAH KE HADAPAN



"Selepas hampir seminggu refleksi dan mendengar semua sisi, saya pilih untuk fokus pada kebaikan malam itu dan melangkah ke hadapan."

Demikian ujar pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 31, dimana dia tampil bersuara selepas hampir seminggu berlalu, berhubung detik canggung ketika dia muncul di acara Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025).

Berhubung itu, Bella memilih untuk tidak mengulas atau memanjang isu berkenaan kerana lebih selesa untuk memberi fokus kepada kehidupan masa depan.

Malah pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, juga telah mengambil kira pelbagai sudut pandangan untuk tidak bercakap tentang hal berkenaan.

Klik untuk gambar besar

Menerusi hantaran sama, Bella juga memuat naik gambar bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berserta trofi kemenangan mereka dalam kategori Couple Goal Terhangat.

Tambahnya lagi, pengalaman pada malam berkenaan akan terus disimpan sebagai kenangan : "Pelbagai rasa, namun saya tetap anggap ia satu pengalaman yang luar biasa dan akan dikenan."

Ketika AMT2025 berlangsung pada Ahad lalu, Bella menjadi penyampai bagi anugerah Selebriti Feminin Terhangat di mana pelakon Sophia Albarakbah diumumkan sebagai pemenang.

Majlis tersebut menjadi bualan hangat dan ramai yang menganggap ia tidak sepatutnya berlaku, apabila ia kelihatan sedikit canggung memandangkan Sophia sebelum ini pernah dikaitkan dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu bekas suami Bella.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: