"Ada sesetengah orang ingat saya ini seorang yang berada, hakikatnya tidak pun kerana ada banyak komitmen yang saya kurangkan. Dulu kaya tapi sekarang tak sangat. Sebelum ini komitmen saya lebih RM100,000 tapi sekarang saya dah kurangkan menjadi RM50,000.
"Ekonomi saya pun bukanlah sekaya Datuk Seri Aliff Syukri. Kalau boleh nak sahaja pakai barang tiruan tapi saya terpaksa tunjuk saya ada barang berjenama demi imej sebagai seorang usahawan."
Itulah kata usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli, 31, dimana dia tidak malu berkongsi dirinya terpaksa mengurangkan perbelanjaan bulanan kerana duit dalam simpanan sudah semakin menipis.
Jelas Iqbal lagi, keputusan itu dibuat selepas menyedari keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dan dia perlu lebih bijak mengurus kewangan.
Klik untuk gambar besar
"Ekonomi saya pun bukanlah sekaya Datuk Seri Aliff Syukri. Kalau boleh nak sahaja pakai barang tiruan tapi saya terpaksa tunjuk saya ada barang berjenama demi imej sebagai seorang usahawan," ujarnya.
Meskipun perlu berjimat dalam perkara lain, Iqbal memberitahu, dia tidak mahu imejnya sebagai ahli perniagaan terj£jas, selain berkata, sebahagian besar pendapatan kini dilaburkan untuk mengekalkan penampilan diri agar sentiasa kelihatan kemas dan berkeyakinan ketika berdepan orang ramai.
"Buat masa sekarang saya banyak laburkan duit terhadap penampilan seperti pakaian, masuk kelas cara berjalan, makan dan berkomunikasi dengan betul. Saya juga pakai set penjagaan kulit yang sebotol harganya RM6,000, manakala untuk minyak wangi pula saya ada sehingga 400 koleksi.
"Saya cuba untuk hidup rendah diri seperti Khairul Aming, tapi tabiat saya ini sangat suk@r diubah," tutur Iqbal yang mengakui, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang mempertik@ikan bentuk badannya, asalkan dia masih mampu berfesyen mengikut cita rasa sendiri.
"Walaupun ada yang minta saya kurus dulu baru boleh berfesyen, bagi saya proses itu memakan waktu sebab banyak kali saya cuba nak kurus namun gag@l. Jadi biarlah saya berisi sedikit, lagipun saya suka makan... sus@h nak kawal," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment