22 August 2025

BILA KISAH HIDUP SITI NURHALIZA DIANGKAT DALAM BUKU TEKS SEKOLAH DI FILIPINA



Seorang individu dipercayai rakyat Filipina telah membongkar satu perkara yang menarik perhatian ramai apabila meninggalkan komen di laman media sosial milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hantaran itu, individu terbabit bertanya sama ada penyanyi tersohor itu adalah tokoh seni yang dipaparkan dalam buku teks sekolah mereka.

Tidak lama selepas itu, komen terbabit disusuli pengguna lain yang berkongsi helaian buku teks berkenaan, lantas mengesahkan nama Siti disebut dalam bahan pembelajaran rasmi di negara itu.

Hantaran terbabit membuatkan ramai kagum apabila kisah hidup Siti diangkat dalam buku teks sekolah di Filipina, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon muzik Asia.

Menariknya, Siti yang terkenal dengan sikap rendah hati hanya membal@s komen berkenaan dengan simbol hati merah, namun, sudah cukup membuatkan peminat teruja.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghormatan besar buat Siti.

Malah, ada juga yang menganggap pencapaian tersebut sebagai bukti nyata betapa besarnya peng@ruh penyanyi nombor satu Malaysia itu di pentas serantau.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: