22 August 2025

KAWAL PENDEDAHAN ANAK - NABILA RAZALI MAHU ELAK EKSPL0ITASI : "BANYAK K£S YANG KITA DENGAR DI LUAR SANA & IA MEN4KUTKAN"



"Soal pendedahan anak ini adalah pilihan masing-masing. Namun, saya dan suami sepakat untuk berkongsi hanya apabila perlu saja. Itu pun dengan penuh berhati-hati.

"Kadang-kadang saya sendiri terlepas memuat naik di media sosial dan suami akan ingatkan untuk tidak terlalu kerap. Pesannya, kalau boleh hadkan. Jadi, kami cuba kawal agar tidak menjadi kebiasaan."

Itulah jelas penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, dimana dia yang juga seorang ibu itu bimbang dengan pelbagai isu berkaitan anak-anak di media sosial hari ini.

Kata Nabila atau lebih mesra disapa Bella, pendedahan anak di media sosial wajar dilakukan dengan penuh kawalan kerana ia membabitkan soal keselamatan dan masa depan mereka.

Klik untuk gambar besar

Akui Nabila lagi, dia memahami rasa ingin tahu masyarakat terhadap kehidupan selebriti, namun men£gaskan dia tidak mahu terlalu mendedahkan privasi anaknya, Nik Muhammad Nik Iruwan.

"Saya faham orang nak tahu mengenai kehidupan kita, mereka tanya di ruangan komen dan sebagainya. Jadi sesekali saya berkongsi sekadar menjawab soalan itu.

"Tapi tidaklah sampai setiap hari nak kongsi semua perkara. Saya sendiri bimbang soal keselamatan dan ris1ko yang mungkin berlaku. Banyak k£s yang kita dengar di luar sana dan ia men@kutkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila juga berharap kesedaran masyarakat terhadap isu ekspl0itasi anak di media sosial semakin meningkat agar generasi akan datang lebih terlindung daripada sebarang bentuk anc@man.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: