22 August 2025

KEC£WA DIPINGG1RKAN DARI INDUSTRI HIBURAN - SHAHRIZA MAHMUD DEDAH JUALAN TAK LAKU, TAWARAN BERLAKON TAK ADA, HUT4NG ANSURAN RUMAH DAH LEBIH RM11,000



"Ada juga tawaran, tapi bila saya cakap pakai tongkat boleh tak, mereka terus tak nak. Mereka nak yang boleh berjalan, boleh berlari semua, kan.
"Namun syukur juga, Januari lalu saya berlakon satu telefilem. Itu pun, saya ambil sebab penerbit cakap tiada babak berlari dan jalan, cuma duduk saja.

"Tapi kena bergerak juga. Telefilem ini dah ditayangkan bulan lalu. Memang saya nak sangat berlakon sebab sekarang berniaga pun s@kit. Mana yang ada semua, hut@ng dah bertambah-tambah."

Demikian kata pelakon Shahriza Mahmud, 59, yang meluahkan rasa kec£wa dan sedih apabila seakan dipingg1rkan dari industri hiburan selepas menghidap peny@kit s£rius dan tidak secergas dulu.

Ujar Shariza, dia yang kini terpaksa bertongkat selepas menghidap slip disc hingga menghimpit urat saraf itu mengharapkan tawaran berlakon sebagai pendapatan utama, namun mal@ngnya tiada pihak yang prihatin dengan nasibnya.

Dalam pada itu, pelakon yang aktif berlakon drama Spektra RTM pada 1990-an ini berkata, dia kini mempunyai banyak hut@ng dan mahu mengurangkan hut@ng yang ditanggung.

"Jadi, saya buatlah apa saja yang boleh. Sekarang mana-mana team yang panggil berniaga, rasa tempat itu berbaloi saya akan masuk termasuk 'car boot sale'.

"Sampai ke Temerloh, Pahang saya pergi untuk cari rezeki. Dari situ saya ke Mentakab dan Bera. Orang ramai dan ada yang beli tapi hanya sekadar balik modal.

"Dengan kos minyak, tol dan sewa hotel RM40. Kadang-kadang tidur dalam kereta. Sebelum ini saya berniaga di 'car boot sale' di Shah Alam selama dua hari, satu jualan pun tak ada," tuturnya yang pernah dijangk1ti k£ncing tikus pada Januari 2022.

Jelasnya lagi, dia dan suaminya iaitu Saddiq Raffali, 44, berdepan ujian mencari rezeki bagi menyara kehidupan serta membiayai kos rawatan peny@kitnya.

"Terasa amat sus@h. Itu sebab saya sangat s£nsitif sekarang. Ini dah lima tahun s@kit, saya sentiasa mengharap untuk sembuh. Hut@ng pula bertambah. Kalau kita tak bergerak sekarang, kereta masih kena bayar.

"Kami hut@ng pengurusan rumah. Asalnya sikit saja, lima tahun lalu dah menjadi lebih RM3,000. Sekarang dah lebih RM11,000. Lagi lama dia makin naik.

"Jadi, terpaksa kurangkan macam manapun. Kami dah bincang dengan pengurusan dan mereka suruh jual rumah itu," kongsinya yang turut memberitahu, agak mustahil untuk dia melakukannya kerana rumah ini pemberian emaknya.

"Dia kata kalau tak jual, hut@ng ini akan naik lagi. Kita cuba bayar juga sebulan setakat kita mampulah. Saya kini hanya berniaga gelang-gelang kristal. Buat baju pasang batu-batu kristal semua.

"Saya tanya juga peluang berlakon daripada kawan-kawan dah beribu kali tapi tiada. Dari kawan-kawan penerbit yang kita kenal pun tiada. Mereka senyap. Takkanlah tak boleh cipta watak semata-mata untuk sesuai dengan keadaan saya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: