Semua sedia maklum mengenai d£sas d£sus yang mengatakan pelakon Fattah Amin bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Berhubung dakwaan itu, pengurus kepada Fattah iaitu Skirin Acha tampil menjawab dengan berkata, jika ada berita baik mereka akan kongsikan dan tidak akan dirahsiakan kepada peminat.
Menurutnya, meskipun mungkin satu ketika nanti majlis tersebut akan dilangsungkan secara tertutup, pihak mereka akan umumkan berita baik itu.
"Jangan risau, kalau ada berita baik kita akan kongsi. Tiada sorok-sorok. Pernikahan ini berita yang baik kan, jadi memang kita akan kongsikan.
"Lagipun, peminat juga akan lebih dekat dan bergembira. Kalau pun mungkin dilangsungkan secara tertutup sekalipun, kita akan kongsi. Jika ada perancangan ke arah itulah," katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ada yang mendakwa Fattah bakal melangsungkan majlis pernikahan tidak lama lagi dan berita itu diperoleh dari sumber yang boleh dipercayai.
Bukan itu sahaja, malah, ada juga yang mendakwa dewan kahwin Fattah yang mempunyai seorang cahaya mata perempuan ini sudah pun ditempah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment