13 August 2025

DAKWA ADA CAMPUR TANGAN PIHAK KETIGA - IBU ANNA JOBLING NAFI BERLAG4K SEPERTI M4NGSA, SEDIA BERUNDUR : "DIA BUANG SAYA... KEBANYAKAN ORANG PASTI AKAN MENYEBELAHINYA SEBAB DIA PELAKON, POPULAR & CANTIK..."



"Banyak punca dan perkara ini sudah lama. Sebahagian dari punca berg@duh adalah banyak campur tangan orang ketiga. Saya dengan Anna selalu jadi pan@s dan berg@duh. Banyak campur tangan pengurusan dan admin kelab peminat dia.
"Macam kelab peminat dia terlamp@u banyak campur tangan urusan peribadi saya dengan Anna," kata ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop menerusi sebuah sesi siaran langsung, semalam.

Dakwa Ariz, hubungan dia bersama anaknya itu berant@kan kerana ada campur tangan pihak ketiga termasuk dalam urusan peribadi mereka.

Selain itu, Ariz tampil mempertah@nkan tindakannya mendidik Anna dengan cara memukvlnya pada bahagian muka, namun menolak dakwaan bahawa caranya itu menjurus kepada pend£raan.

Jelasnya lagi, tindakan itu pun dilakukan kerana mendakwa anaknya sudah melamp@ui bat@s, termasuk dikatakan bersikap kurang ajar terhadapnya.

"Saya mengharaplah anak akan jadi baik dan menjaga kita. Tapi, Anna sudah banyak lari dari landasan dan banyak berubah. Tak mengapalah, dia sudah popular dan mempunyai duit.

"Kebanyakan orang pasti akan menyebelahinya sebab dia pelakon, popular dan cantik serta siapa sahaja yang mahu sokong saya? Saya sudah lakukan yang terbaik dalam membesarkanya.

"Ini ujian Allah SWT. Bukan nak guna agama tetapi kena percaya hidup ini macam roda. Hari ini mungkin di atas dan esok pula berada di bawah," ujarnya yang dalam masa sama menafikan dirinya berlag@k seperti m@ngsa, selain turut menyeru netizen untuk jangan mudah membuat kesimpulan.

Tambahnya lagi, campur tangan orang ketiga antara faktor berlaku perintah injunksi terhadap dirinya serta mendakwa, anaknya itu mahukan kebebasan sendiri, selain percaya pihak pengurusan bertindak dalam mengawal pergerakan Anna.

"Injunksi itu lebih kepada kebebasan. Pengurusan nak kawal dia. Banyak campur tangan orang ketiga," jelasnya yang turut memberi gambaran diperlakukan seperti 'anj1ng' sebagaimana yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Kata Ariz, meskipun isu perintah injunksi telah ditarik semula, namun dia perlu merayu setiap kali mahu berjumpa dengan Anna.

"Ketika injunksi keluar saya tak boleh dekat dengan dia. Kemudian sudah boleh tetapi bersyarat. Saya boleh jumpa dia kalau diizinkan. Saya kena merayu macam pvppy," ujarnya sambil menunjukkan gaya seperti 'anj1ng'.

Ibu Anna dalam masa sama turut memberitahu, selepas dibuang pelakon itu serta tular kem£lut antara mereka, dia enggan masuk campur urusan peribadi anaknya dan kini mahu fokus untuk diri sendiri dan sedia berundur.

"Sebagai seorang ibu sekarang ini saya cuba untuk berundur selepas tidak lagi diperlukan. Saya kena fikir untuk diri sendiri. Cuma sayang... macam saya sudah tiada mak dan setiap kali ziarah pusara arwah, saya kalau boleh nak keluarkan dia sebab nak cium dan memeluknya.

"Walaupun Anna ada ibu tapi dia buang saya. Siapa sangka, tapi apa yang berlaku ini adalah ujian Allah," katanya yang sebelum ini mendedahkan, dia menerima perintah injunksi itu pada Disember tahun lalu dan hanya dibenarkan berjumpa Anna dalam jarak 100 meter.

Menerusi perbincangan wakil peguam, perintah lar@ngan itu terbatal, namun masih terikat dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Disamping itu, ibu Anna turut tampil menjelaskan insid£n yang berlaku dengan anaknya dalam sebuah kereta pada awal pagi Isnin.

Ariz mendakwa dirinya dikunci dalam kenderaan berkenaan dan tidak boleh membukanya selepas Anna keluar daripada kereta tersebut.

Situasi itu juga, dakwa Ariz, membuatkan dirinya berasa p@nik kerana terp£rangkap dalam kereta berkenaan.

"Saya cuba buka tak boleh. Saya cuba tekan butang buka pun tak boleh. Saya tiba-tiba jadi panik, kepala dah pening, menggigil dan tak tahu nak buat apa," tuturnya.

Bukan itu sahaja, malah Ariz juga mendakwa, berlaku perg@duhan antara dia dan Anna sebelum anaknya itu dibawa keluar oleh peguam yang juga ada di tempat kejadian.

"Bila dah berg@duh dalam kereta, apabila sudah tenang saya cakap nak lelap sekejap. Dia terus jadi bad mood. Dia nak saya keluar daripada kereta. Saya rasa kecil hati," dakwanya.

Dalam pada itu, Ariz turut berkongsi satu video yang memperlihatkan Anna berada di luar kereta dipercayai selapas peguam datang kepadanya.

"Elok je keluar, lepas itu kunci mak dalam kereta. Ada dengar orang menjerit macam tr@uma hist£ria ke? Tiada," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: