"Boleh ke nak minta semua orang doakan saya dapat baby kembar. Orang cakap kalau ramai yang doakan senang termakbul."
Itulah tulis pelakon Mimi Lana menerusi hantaran di Thr£ads, dimana dia berharap dikurniakan anak kembar bersama suaminya yang juga pelakon, Syafiq Kyle selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga.
Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, yang mahu orang ramai turut mendoakan keinginannya, bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada dirinya sudah berbadan dua atau sebaliknya.
Perkongsian Mimi itu menarik perhatian ramai yang rata-rata mendoakan agar impian pasangan berkenaan dimakbulkan, malah ada juga peminat mula membuat sp£kulasi mendakwa pelakon itu kini hamil.
Klik untuk gambar besar
"Dah macam ada bau nak ke dewan bersalin, moga ada rezeki korang."
"Kami tak sabar nak jumpa Mimi dan Syafiq junior!" antara komen-komen netizen.
Selepas dihujani pelbagai ucapan p0sitif, Mimi merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang tanpa henti mendoakan agar dia dikurniakan zuriat kembar.
"Terima kasih semua. Semoga segala doa yang baik berpatah balik untuk awak semua. Semoga kita sentiasa diberikan rezeki yang luas, nikmat bersyukur dan kesihatan baik oleh Allah SWT," tuturnya.
Untuk makluman, Mimi dan Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, disatukan pada 14 Februari lalu di sebuah ruang acara di Taiping, Perak.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment